KULIAH IMAN 2

Just another WordPress.com weblog

Kontradiksi/persamaan Petrus dan Yesus Dalam Hal Yesus Sebagai “Satu-satunya Jalan”?

Kontradiksi/persamaan Petrus dan Yesus Dalam Hal Yesus Sebagai “Satu-satunya Jalan”?

“Kata Yesus kepadanya, ‘Akulah jalan, kebenaran dan hidup . Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku’. “(Injil – Yohanes 14: 6).

Bertentangan dengan:

“Lalu mulailah Petrus berbicara, katanya, ‘Sesungguhnya aku telah mengerti, bahawa Allah tidak membezakan orang. Setiap orang dari bangsa manapun yang takut akan Dia (Allah) dan yang mengamalkan kebenaran, diterima oleh-Nya (Allah).” (Injil – Kisah Para Rasul 10: 34-35).

CONTOH JAWAPAN:

Pemecahan kepada ayat-ayat ATAU bentuk kutipan sepenggal-penggal seakan-akan kontradiksi ini amat mudah berlaku. Bagaimanakah jika anda mengutip semua kitab agama lain begitu juga apakah tidak bercanggah? Melainkan anda tidak objektif dan tidak adil maka ia berlaku.

Dalam pasal 1-12 (Kisah Para Rasul 1:1-12:25) pusat utama dari penjangkauan gereja adalah Yerusalem. Di situlah Petrus menjadi orang terkemuka yang dipakai Allah untuk menyebarkan Injil. Dalam Kisah Para Rasul 10, diceritakan ada seorang perwira pasukan yang bernama Kornelius. Dia bukan seorang Yahudi. Tapi sikapnya yang takut akan Allah dan memberikan banyak sedekah kepada umat yahudi serta sering berdoa kepada Allah telah menyebabkan dia mengalami satu penglihatan dari Allah. Dalam penglihatan itu, dia ternampak seorang malaikat Tuhan yang menyuruh dia mengarahkan pembantu-pembantunya pergi menjemput Petrus di Yope.

Sebelum pembantu-pembantu Kornelius itu tiba, Petrus naik ke atas bumbung rumah pada tengah hari untuk berdoa. Dia lapar dan hendak makan. Sementara makanan disediakan, dia mendapat suatu penglihatan. Dia melihat langit terbuka dan sesuatu seperti kain lebar diturunkan ke bumi, tergantung pada keempat-empat sudutnya. Di dalamnya terdapat segala macam binatang berkaki empat, binatang menjalar dan burung-burung liar. Lalu ada suara berkata kepadanya, “Petrus, bangunlah! Sembelihlah binatang itu dan makanlah!” Petrus menjawab, “Tidak, Tuhan! Aku belum pernah makan apa-apa yang haram atau najis.” Tetapi suara itu berkata lagi, “Jangan anggap haram apa yang sudah dinyatakan halal oleh Allah.” Perkara itu berulang sehingga tiga kali, lalu kain itu terangkat kembali ke langit. Petrus termenung memikirkan makna penglihatan itu.

Tidak lama kemudian, orang yang disuruh oleh Kornelius itupun sampai. Sedang Petrus masih berusaha untuk memahami makna penglihatan itu, Roh Allah berkata kepadanya, “Dengarlah! Tiga orang sedang mencari kamu. Cepatlah turun ke bawah dan jangan raguragu mengikut mereka, kerana Aku yang menyuruh mereka datang.” Lalu turunlah Petrus ke bawah dan menjemput mereka menginap di situ. Keesokan harinya Petrus bersiap-siap dan pergi dengan mereka.

Apabila Petrus tiba, Kornelius menyambut dia dan sujud di hadapannya. Tetapi Petrus menyuruh dia bangun, “Bangunlah,” katanya, “saya sendiri pun manusia.” Sementara bercakap dengan Kornelius, Petrus masuk ke dalam rumah dan mendapati banyak orang sudah berkumpul di situ. Lalu Petrus berkata, “Kamu tahu, betapa kerasnya larangan bagi seorang Yahudi untuk bergaul dengan orang-orang yang bukan Yahudi atau masuk ke rumah mereka. Tetapi Allah telah menunjukkan kepadaku, bahawa aku tidak boleh menyebut orang najis atau tidak tahir. Itulah sebabnya aku tidak berkeberatan ketika aku dipanggil, lalu datang ke mari. Sekarang aku ingin tahu, apa sebabnya kamu memanggil aku.” (Kis 10:28). Kornelius menjawab, “Tiga hari yang lalu, kira-kira pada pukul tiga petang saya sedang berdoa di rumah. Tiba-tiba seorang lelaki yang pakaiannya bersinar-sinar berdiri di hadapan saya. Dia berkata, ‘Kornelius! Allah sudah mendengar doamu, dan ingat akan kemurahan hatimu. Suruhlah orang pergi ke Yope untuk memanggil seorang bernama Simon Petrus. Dia menumpang di rumah seorang penyamak kulit bernama Simon, yang tinggal di tepi pantai.?Itulah sebabnya saya segera menyuruh orang memanggil tuan, dan tuan sungguh baik hati karena sudi ke mari. Sekarang kami berkumpul di sini di hadapan Allah, untuk mendengar apa sahaja yang akan tuan katakana seperti yang diperintahkan oleh Tuhan.”

Maka di sinilah klimaks cerita ini. Lalu Petrus berkata, “Sesungguhnya aku telah mengerti, bahawa Allah tidak membezakan orang. Setiap orang dari bangsa manapun yang takut akan Dia dan yang mengamalkan kebenaran berkenan kepada-Nya?/i> (Kis 10:34- 35).

Akhirnya, Petrus masih sempat memberitakan Injil kepada seisi rumah Kornelius. Inti kepada pemberitaan Petrus adalah “tentang Dialah (Yesus) semua nabi bersaksi, bahawa barangsiapa percaya kepada-Nya (Yesus), ia akan mendapat pengampunan dosa oleh kerana nama-Nya (Yesus) (Kis 10:43). Seterusnya, Petrus menyuruh mereka dibaptis dalam nama Yesus Kristus (Kis 10: 48).

Dalam perjanjian lama mengatakan,

lalu kilat-Nya menyambar-nyambar ke seluruh penjuru menurut pimpinan-Nya untuk melakukan di permukaan bumi segala yang diperintahkan-Nya (Job 37:12)  .

Dalam perjanjian Baru mengatakan,

Lalu Ia berkata kepada mereka: “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk” (Mar 16:15).

Kedua ayat ini memberikan bayangan bahawa Alkitab perlu diberitakan ke seluruh dunia. Hanya Tuhan pertama sekali(titik) menggunakan kaum Yahudi sahaja. Seorang mengatakan mana mungkin Tuhan menggunakan semua bangsa pada suatu masa yang sama, tentu kitab-kitabnya juga berbeza-beza bukan?.  Walaubagaimanapun kalau Tuhan mahu pakai cara itu apakah salah? Tentu tidak, maka Yesus justeru bukan juga demikian. Setelah melihat konteks penuh dari cerita ini, makin yakinlah kita bahawa inti Injil tidak pernah berubah.

Yohanes 14:6

Kata Yesus kepadanya: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.

 

 

 

 

November 21, 2008 - Posted by | PORTAL KRISTOLOGI |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: