KULIAH IMAN 2

Just another WordPress.com weblog

Melkisidek sama dengan Yesus?

MELKISEDEK

Pangeran Salem ini kehebatannya melebihi Yesus.

“Ia tidak berbapa, tidak beribu; tidak bersalasilah, hari-nya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan, …. ” (Ibrani 7: 3). (Sifat-sifat ini hanya dimiliki Tuhan!)

CONTOH JAWAPAN:

Ibrani 7:3

Ia tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah, harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan…

APATÔR AMÊTÔR AGENEALOGÊTOS MÊTE ARKHÊN HÊMERÔN MÊTE ZÔÊS TELOS EKHÔN APHÔMOIÔMENOS DE T?HUI?TOU THEOU MENEI HIEREUS EIS TO DIÊNEKES

Ayat ini tidak berarti bahawa Melkisedek benar-benar tidak mempunyai ayah dan ibu atau tidak mempunyai kerabat atau bahawa ia seorang malaikat. Ayat ini hanyalah menunjukkan bahawa Alkitab tidak mencantumkan daftar keturunannya dan tidak mengatakan apa-apa mengenai awal dan akhir hidupnya, oleh kerana itulah Melkisedek disamakan seperti Anak Tuhan.

Ungkapan Yunani APATÔR atau “tidak berbapa” biasanya ditujukan kepada seseorang yang tidak memiliki ayah, kehilangan ayahnya atau seorang “yatim”, seseorang yang lahir setelah kematian ayahnya sehingga ayahnya tidak dikenal, demikian pula halnya dengan AMÊTÔR yang ertinya “tidak beribu” dalam pengertian dia kehilangan ibu kerana sudah meninggal.

Seorang ahli falsafah terkenal Yunani, Philo menulis bahawa Sara, istri Abraham (Ibrahim) adalah AMÊTÔR kerana ibunya tidak ditulis dalam Alkitab.

Ungkapan “tidak bersilsilah”, Yunani AGENEALOGÊTOS dari ‘a’ (partikel negatif yang bermaksud “tidak”) dan GENEALOGE? harfiah menghitung dari bawah ke atas diterjemahkan “keturunan” atau “silsilah”. Kata GENEALOGE?sendiri berasal dari kata GENEA (generasi, angkatan) dan LOGOS (perkataan, firman). Herbert Weir Smyth, ‘A Greek Grammar for Colleges’ memberi definisi bahawa AGENEALOGÊTOS adalah ‘one whose descent there is no record of’, “seseorang yang silsilah/keturunannya tidak dicatat”.

Jadi Melkisedek adalah manusia biasa.

November 21, 2008 - Posted by | PORTAL ESKATOLOGI, PORTAL KRISTOLOGI |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: