KULIAH IMAN 2

Just another WordPress.com weblog

PENGIRAAN MATEMATIK MEMBUKTIKAN NUBUAT DALAM ALKITAB BENAR

 

<!–[if !vml]–><!–[endif]–> <!–[if !vml]–><!–[endif]–>

<!–[endif]–>

PENGIRAAN MATEMATIK MEMBUKTIKAN NUBUAT DALAM ALKITAB BENAR

Disini saya sertakan sedikit tentang bab 9 dalam buku terbaru pakar Nubuat Ellis Scolfield. 2007.  Islam In The End Times.  Fort Myers, Florida: Fish House Publishing. Bukti penggenapan ini menunjukkan bahawa Tuhan sememangnya menginspirasikan penulisan selain Kod Alkitab yang sudahpun ditemui dalam Alkitab. Dengan adanya kedua-dua penemuan ini, adalah sukar untuk menolak kedua-dua bukti tersebut kerana bukan satu dan selain Alkitab tidak terdapat kitab-kitab lain yang begitu tepat dari segi nubuat dan penggenapannya, malah isinya juga saling tidak bercanggah. Sebuah ayat Mazmur 105:8  mengatakan, “Ia ingat untuk selama-lamanya akan perjanjian-Nya, firman yang diperintahkan-Nya kepada seribu angkatan,”.

Metod pengiraan:

 

Contoh (a).

P.L. Dan 12:11 “Sejak dihentikan korban sehari-hari dan ditegakkan dewa-dewa kekejian yang membinasakan itu ada seribu dua ratus dan sembilan puluh hari” dan ayat P.B. Wahyu 11:2. “bangsa-bangsa lain dan mereka akan menginjak-injak Kota Suci empat puluh dua bulan lamanya.” 

Tahun Cahaya ialah 365.24 hari. Pembahagian 365.24 dengan 12 bulan setahun memberikan kita panjang bulan bagi  30.44 hari. Contoh pengiraan Pembinaan Batu Kubah Islam “as Sakhra(tradisi Islam percaya tempat berangkatnya Nabi Muhammad ke Surga)”:

1290 P.L. tahun nubuat (1271.5 tahun cahaya) selepas 583BC ialah 688AD!

583 + 1271.34 = 688.66. 

42 P.B. bulan x 30.44 memberi kiraan kasar 1278.5 hari

42 bulan = 1278.34 hari. 1967AD – 1278.34 = 688.66AD

688AD (Pembinaan Batu Kubah)—–1967AD(Pembebasan Yerusalem)

 

Nota: Sila rujuk lagi ayat Wahyu 11:2 dengan hati-hati. Interpretasi ini menepati Alkitab dan berita ini sangat sempurna untuk ditolak. “bangsa-bangsa lain dan mereka akan menginjak-injak Kota Suci empat puluh dua bulan lamanya.” Empat puluh dua bulan ialah 1278.34 hari, dan menjadi tepat kepada 1278 tahun sejak permulaan pembinaan Batu Kubah sehinggalah Yerusalem kembali dikuasai oleh Yahudi semula. Kemudian, “Leave out the court . . .” Batu Kubah adalah mahkamah pengadilan bagi bangsa-bangsa lain, 300 kaki ke selatan bait suci. Jumlah hari sebanyak 365.24 tahun cahaya sesuai digunapakai dalam konteks interpretasi Perjanjian Baru(PB). Dalam masa PB, Yahudi berada di bawah pemerintahan kerajaan Roma dan 365.24 hari tahun Roma adalah asas penggunaannya.

 

Contoh (b).

Wahyu 12:6 “Perempuan(orang Kristian dan Yahudi) itu lari ke padang gurun, di mana telah disediakan suatu tempat baginya oleh Allah, supaya ia dipelihara di situ seribu dua ratus enam puluh hari lamanya.” 1260 tahun, tiada penukaran. Yohanes menggunakan kalendar cahaya.

 

Nota: Sebelum 688AD, Kristian mahupun Yahudi bebas menyembah di Yerusalem, dan di tempat bukit bait suci. Mereka tidak menubuatkan bahawa “padang gurun” sehinggalah pihak Muslim membuatnya tidak selamat sebagai tempat penyembahan di kota ini.  Dengan itu, maka 1260 hari bermula pada 688 AD.

 “Sekarang saya tidak mempunyai pendapat tentang bagaimana anda rasa selepas membaca hal ini, tapi saya ingat bagaimana saya rasa 30 tahun yang lalu bila pertama kali memahaminya. Saya duduk di atas meja saya, kebingungan sekejap, dan kemudian menyandar balik dan ketawa puas. Saya baca Alkitab dan data arkeologi secara berulang-ulang, puji Tuhan. Batu tempat didirikan kubah, as-Sakhra, tidak mempunyai bukti sejarah mahupun kerohanian yang signifikan atau seumpama. Kubah Batu berada tepat di tengah mahkamah bangsa-bangsa lain. Anda tidak perlu menjadi seorang imam, ataupun Lewi, atau juga seorang Yahudi untuk berada di sana.” (Ellis Scolfield).

 

Contoh (c).

 “Kekuasaan binatang-binatang yang lain dicabut, dan jangka hidup mereka ditentukan sampai pada “waktu dan saatnya” dalam Daniel 7:12, dipenuhi pada 1948AD. Apabila bangsa-bangsa lain tidak lagi menguasai Tanah Suci. (Kerana konteks masa yang diberi adala berasaskan P.B, maka tidak perlu untuk menukar daripada tahun cahaya Yahudi untuk menepati kalendar kita. Dengan hanya perlu operasi tolak: 2500 – 552BC = 1948AD, sebuah negara baru Israel!)

 

Selama 1290 hari dalam Daniel, apabila diinterpretasi kepada tahun, menepati satu insiden dalam sejarah tidak cukup membuktikan bahawa semua nubuatan “hari” harus difahami sebagai tahun – walaupun apabila 1290 hari bersamaan satu acara yang penuh bermakna sebagai pembinaan Batu Kubah di Gunung Moriah, tepat dengan tahunnya. Walau bagaimanapun, dalam  minggu 70 pada Daniel, kami melihat bahawa 69 daripada minggu tersebut adalah sebenarnya 69 minggu bagi tahun yang ditepati dalam persilangan. Dengan itu, sistem masa nubuatan digunakan Tuhan dalam satu bahagian Alkitab, apakah kita perlu memiliki alkitab untuk mengubah metod interpretasi jika kita bergerak kepada hari nubuat di mana saja?

 

Dapatan Pengiraan:

 

Sudah begitu banyak bukti menunjukkan ketepatan nubuat Alkitab yang dipenuhi sebelum Yesus mahupun selepasnya yang dipenuhi pada zaman generasi kita. Kesemuanya tentang masyarakat Yahudi, Yerusalem, Tanah Suci atau Islam. Kesemuanya ialah masa nubuat dan kesemuanya ditepati menurut tahun. Mari lihat walau seminit:

1. 1290 hari dalam Daniel 12:11, dipenuhi pada 688AD dengan pembinaan Batu Kubah Islam.

2. 42 bulan dalam Wahyu 11:2, dipenuhi pada 1967AD dengan pembebasan Yerusalem daripada kekuasaan bangsa-bangsa lain. (2500 – 533BC = 1967AD)

3. 1260 hari dalam Wahyu 11:3, dipenuhi pada 1948AD dengan orang-orang Yahudi balik ke negara asalnya.

4. 1260 hari dalam Wahyu 12:5, dipenuhi pada 1948AD melalui pengiktirafan sebuah negara baru Israel.

5. Selama satu masa dan dua masa dan setengah masa dalam Daniel 7:25, dipenuhi pada 1948AD dengan pembentukan negara baru Israel.

6. “Satu masa dan dua masa dan setengah masa; dan setelah berakhir kuasa perusak bangsa yang kudus itu, maka segala hal ini akan digenapi!, dalam Daniel 12:7, juga dipenuhi pada 1967AD dengan pembebasan Yerusalem.

 

Kekuasaan binatang-binatang yang lain dicabut, dan jangka hidup mereka ditentukan sampai pada “waktu dan saatnya” dalam Daniel 7:12, dipenuhi pada 1948AD.

Tujuh nubuat dipenuhi pada tahunnya. Ellis Scolfield menyatakan, “Ia merupakan kebarangkalian statistik untuk tujuh nubuat di atas dengan tepatnya memenuhi nubuat Alkitab dan sejarah bagi tahun, sebagaimana mereka lakukan, melainkan ia adalah sebuah interpretasi tepat?” . “Bagi saya, apakah pintu yang telah dibukakan bagi kita melalui pemahaman terhadap nubuat ini terhadap kita. Apabila mengimbas balik kepada mikroskop nubuatan Alkitab yang lain, yang telah diberi oleh seorang Detektif Terbesar kepada kita, kita tahu bahawa masa penguasaan bangsa-bangsa asing terhadap Tanah Suci telah berakhir. Kami juga mengenal pasti Dua Saksi jadi kita sekarang tahu bahawa Tuhan tidak pernah melupakan Yahudi. Kami seterusnya tahu bahawa  kebinasaan dan kehancuran bukanlah anti-Kristus pada masa depan kita, melainkan pembinaan yang dilakukan di Gunung Moriah selama 1300 tahun. Dan kerana semua ini memenuhi nubuat, jelas bahawa kebanyakan Wahyu bukanlah acara yang masih dalam masa depan kita, melainkan tentang perkara yang akan berlaku pada era kita. Penggenapan tersebut adalah nyata, saudara-saudari, sama ada mahu percaya padanya atau tidak, dan hal ini memberi pengaruh besar terhadap fikiran tradisional kita bagi apa yang seterusnya akan datang”.

 

Implikasi:

 

Nubuat yang mengatakan tentang Tujuh-Tahun Penganiayaan pada masa depan akan berlaku yang sebenarnya sesuatu yang lain keseluruhanya. Apa yang seterusnya dalam kebanyakan muka sura buku ini yang lain ialah rumusan kepentingan nubuat tentang Tanah Suci, negara Baru Israel terhadap Tuhan bagi sebuah Alkitab. Jika kita terus berada pada Wahyu sebagaimana yang sekarang, kita boleh melihat balik kepada muka surat lain melalui apa yang buku ajarkan kepada kita, jumlah keseluruhan satu gambaran tentang era ini dan generasi kita muncul. Suatu gambaran yang sukar dipercayai, kritikan bukanlah penentu bahawa SEMUA nubuat ini tidak benar. Kerana satu senang dinafikan, dua susah dinafikan, tiga payah dinafikan, empat amat susah dinafikan dan inilah realitinya bahawa ia tidak dapat dinafikan semua. 

<!–[if !vml]–>

November 21, 2008 - Posted by | ALKITAB- SAINS, MATEMATIK DAN ARKEOLOGI |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: