KULIAH IMAN 2

Just another WordPress.com weblog

poligami digalakkan kerana sebab panjang umur dan ramai wanita?

Umur “poligami”

“Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara. Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali.”

 

Kalau berkahwin “tiga” hanya untuk kepanjangan umur maka mengapa tidak ambil makanan berkhasiat, banyakkan bersukan semasa muda supaya umur lebih panjang. Kedua mungkin tidak banyak mereka yang berpoligami berbanding yang tidak. Contohnya, jika terdapat 12 orang responden berpoligami dan 12 responden yang tidak berpoligami maka kebarangkalian untuk mendapat umur 12% umur lebih panjang “mungkin” sama ada berlaku samarata bagi kedua-dua pihak. Sehubungan dengan itu, lelaki berusia 60 tahun bagi negara membangun tidak akan sama dengan negara maju maka adalah tidak praktikal untuk membuat perbandingan peratusan umur tersebut kerana ianya mungkin lebih memihak kepada negara maju. Oleh itu, pertimbangannya bukanlah kerana soal kepanjangan umur tetapi kepatuhan kita kepada perintah-Nya. Kekhuatiran kita hanya memendekkan umur (Lukas 12:25) atau pilih poligami untuk panjang umur?

 

Siapakah di antara kamu yang kerana kekuatirannya dapat menambahkan sehasta pada jalan hidupnya? Jadi, jikalau kamu tidak sanggup membuat barang yang paling kecil, mengapa kamu kuatir akan hal-hal lain? Perhatikanlah bunga bakung, yang tidak memintal dan tidak menenun, namun Aku berkata kepadamu: Salomo dalam segala kemegahannyapun tidak berpakaian seindah salah satu dari bunga itu. Jadi, jika rumput di ladang, yang hari ini ada dan besok dibuang ke dalam api demikian didandani Tuhan, terlebih lagi kamu, hai orang yang kurang percaya! Jadi, janganlah kamu mempersoalkan apa yang akan kamu makan atau apa yang akan kamu minum dan janganlah cemas hatimu. Semua itu dicari bangsa-bangsa di dunia yang tidak mengenal Tuhan. Akan tetapi Bapamu tahu, bahawa kamu memang memerlukan semuanya itu. Tetapi carilah Kerajaan-Nya, maka semuanya itu akan ditambahkan juga kepadamu. ( Luk 12:25-31)  

 

Ada juga yang mengatakan bahawa bukti Tuhan mengizinkan poligami ialah kerana bilangan wanita lebih banyak daripada kaum lelaki. Benarkah? Namun jika itu yang perlu, bagaimana jika lelaki yang dikatakan “buaya darat” dan lebih banyak di penjara, penagih, pembunuh, peragut, perusuh, dan sebagainya menjadi lebih banyak atau sama banyak dengan wanita, tentu keadaan lebih buruk lagi bukan? Inilah kenyataannya dunia yang kini kita duduki.

Kebenaran untuk berpoligami hanya membawa kesan “berpaling” dari ajaran Tuhan. Membenarkan perlanjutan kawin untuk mengikuti hawa nafsu yang tinggi yang hidup untuk nafsu. Yesus mengatakan di Taman Getsemani kepada Petrus, Yakobus, dan Yohanes bahawa “roh memang penurut, tetapi daging lemah.” (Mat 26:41).

November 21, 2008 - Posted by | ALKITAB-POLIGAMI, PERKAHWINAN DAN KELUARGA |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: