KULIAH IMAN 2

Just another WordPress.com weblog

TUHAN ITU MANUSIA LAHIR MELALUI VAGINA

Dan siap sedialah pada segala waktu untuk memberi pertanggungan jawab kepada tiap-tiap orang yang meminta pertanggungan jawab dari kamu tentang pengharapan yang ada padamu, tetapi haruslah dengan lemah lembut dan hormat. I Petrus 3:15

TUHAN ITU MANUSIA LAHIR MELALUI VAGINA 

Soalan ini berasaskan tanggapan bahawa Yesus hanyalah manusia dan bukan Tuhan. Kita telah mempelajari bahawa kewujudan Yesus adalah multi-kompleks dan bukan setakat manusia biasa malah lebih dari manusia biasa dari segi rohaniah.

Pengertian Ketritunggalan yang kudus sama sekali tidak bererti adanya tiga allah

sebagaimana yang dibayangkan secara salah oleh beberapa orang. Erti dari pengertian ini

ialah bahawa Allah itu satu adanya(esa)…..

– Berada dalam diriNya sendiri, Ia menyatakan diriNya sebagai Bapa

– Berbicara dalam FirmanNya. Ia menyatakan diriNya sebagai Anak, yakni Firman.

– Hidup dalam RohNya, Ia menyatakan diriNya sebagai Roh Kudus.

 

Kita jangan menarik pengertian dari nama-nama ini bahawa ada satu hubungan

jasmaniah sebagaimana lazimnya pada sifat manusiawi, kerana hal tersebut memiliki

satu pengertian rohani.

HAZRAT ‘ISA ITU ALLAH

Pada mulanya adalah FIRMAN, FIRMAN itu bersama-sama dengan ALLAH dan FIRMAN itu adalah

ALLAH.(Yoh 1:1) dan Yoh 4:24 ada mengatakan:”Allah itu adalah Roh dan barangsiapa yang menyembah

Dia, harus menyembahNya dalam Roh dan kebenaran ” 

FIRMAN itu yang adalah ALLAH itu,dan juga ROH itu yang telah menjadi manusia:

“Firman itu telah menjadi manusia dan tinggal diantara kita, dan kita telah melihat kemuliaanNya,…..” (Yoh 1:14) Maka ‘Isa berkata:

“Tidakkah kamu percaya bahawa Aku bersatu dengan bapa, dan Bapa bersatu dengan Aku, apa yang Aku katakan kepada kamu semua,tidak datang daripada Aku sendiri.Bapa yang tetap bersatu dengan Aku

melakukan semua itu.”(Yoh 14:10)

 YESUS ADALAH ALLAH

Yohanes 1:1 dengan jelas kepra-beradaan Yesus Kristus sebagai LOGOS, dan …THEOS

* Yohannes 1:1 Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah en arkhê ên ho logos kai ho logos ên pros ton theon kai theos ên ho logos

* Yohanes 1:14 Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal

Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran.

 APA YANG ADALAH ALLAH, FIRMAN ITULAH DIA

WHAT GOD WAS, THE WORD WAS.

 

Kemudian, Yesaya 9:5 jelas menunjukkan bahawa “Allah yang Perkasa, Bapa yang kekal, dan Raja Damai” ditujukan kepada Yesus. Disebutkan bahawa Bapa mengatakan

Anak sebagai ‘Allah’ yang diurapi ‘Allah’ (Ibrani1:8,9) dan bukan hanya Bapa tetapi Anak pun disembah oleh malaikat dan dimuliakan (Ibrani 1:6; band. Wahyu1:17;4:10-

11;14:7;15:4; dan 19:10;22:8-9). Yesus juga disebut “Imanuel” iaitu ‘Allah menyertai kita’ (Yesaya 7:14; Matius 1:23).

…dan masih banyak bukti-bukti yang lain yang sudah dijelaskan pada tanggapan-tanggapan sebelumnya. Kerana itu dapat disimpulkan bahawa dalam 2 ayat tersebut, penyejajaran Bapa, Anak dan Roh Kudus menunjukkan bahawa 3 pribadi itu setingkat! Dan ini membuktikan bahawa Roh Kudus adalah Allah sendiri!

Bahawa Yesus dan Roh Kudus juga adalah Allah, sebagaimana Bapa adalah Allah, jelas menunjukkan adanya kejamaka n dalam diri Allah.

Perkataan “ONOMA”

Kitab Suci menggunakan sebutan Roh Kudus dan Allah / Tuhan (ADONAI) / TUHAN (YHVH) secara interchangeable (= boleh dibolak-balik). Oleh itu, ia menyokong perkataan ONOMA dalam Alkitab: 2

Text bahasa aslinya adalah demikian : “POREUTHENTES OUN MATHETEUSATE PANTA TA ETHNE BAPTIZONTES AUTOUS EIS TO ‘ONOMA’ TOU PATROS KAI TOU HUIOU KAI TOU HAGIOU PNEUMATOS” (Matius 3:16) Perubahan bentuk kata ‘ONOMA menurut konteks tatabahasa Ibrani’: Jamak: Nominatif Tunggal: Nominatif, ‘ONOMA’ Genitif, ‘ONOMATOS’ Datif, ‘ONOMATI’ Akusatif, ‘ONOMA’ Perkataan ini tidak dapat merujuk kepada maksud lain melainkan sifat ONOMA yang merujuk kepada tunggal nominative/ bilangan iaitu tiga dalam satu peribadi. Oleh itu, dapat dibolak-balik bermaksud umpama kereta tanpa tayar tidak akan bergerak, kereta tanpa minyak tidak akan bergerak dan begitu juga ada badan kereta tetapi jika tiada minyak dan tayar maka tidak juga akan kemana-mana. Konteks ini ialah seperti: Bapa+Anak+Roh Kudus= Tuhan sama dengan konteks Badan kereta+Tayar+Minyak=Kereta boleh berjalan Konsep ini harus berada pada konteks yang betul. Contohnya, konsep kubus, iaitu kubus terdiri daripada 3 unsur ukuran. Maka jika salah satu unsur tidak ada, kubus tidak ada.

Kalau Tuhan diumpamakan seperti kubus, bermaksud Tuhan tidak ada ketika Yesus belum lahir dan ketika Yesus mati di kayu Salib. Kerana anda akan memandang hal tersebut kalau Tuhan harus ada bila ada tiga unsur ukuran, bermaksud Tuhan diciptakan[adanya duplikasi], bukan Pencipta. Logiknya, kubus bukanlah membentuk sebuah fungsi hidup apalagi disamakan dengan esanya. Kubus  bukanlah hidup dan tidak bergerak melainkan digerakkan. Contohnya jika saya meludah, maka ludah itu adalah dari saya dan jika jatuh di lantai masih juga ludah saya. Bagaimana pula dengan Tuhan yang nampaknya jauh lebih maju daripada manusia, dapatkah anda membayangkan?

YESUS ADALAH MANUSIA DALAM DAGING TETAPI TUHAN DALAM ROH

Dia yang makan kerana lapar,yang minum kerana dahaga,yang berehat ketika keletihan,yang berdoa di waktu kegelisahan dan yang memanggil Eloi Eloi lama sabakhtani serta yang mati di kayu salib itu adalah manusia ‘Isa . Untuk memahaminya dengan lebih jelas kita harus mengetahui prinsip atau dasar tentang kewujudan Allah sepertimana yang telah tertulis di atas,dan juga berdasarkan ayat-ayat Al-kitab juga menjelaskan:

• Tuhan itu Roh

“Sebab Tuhan adalah Roh dan dimana ada Roh Allah, di situ ada kemerdekaan” (2 Korintus 3:17)

• Tuhan itu Allah

“Dengarlah hai orang Israel:TUHAN itu Allah kita,TUHAN itu esa” (Ulangan 6:4)

• Allah itu Roh-hakikat ini diajari oleh Hazrat ‘Isa sendiri :

“Allah itu Roh dan barangsiapa yang menyembah Dia harus menyembahNya dalam Roh dan

kebenaran” (Yohanes 4:24)

Jadi dimanakah Roh Tuhan itu berada? 

ANAK

Apabila kita mengatakan bahawa Al-Masih adalah Anak Allah, tidak bererti bahawa Al-Masih datang dengan cara melalui hubungan perkahwinan . Anak tidak dimaksudkan sebagai satu hubungan jasmani atau kelahiran melalui hubungan suami isteri. Kami hanya dapat mengatakan Al-Masih adalah Anak Allah untuk menunjukkan bahawa Dia sesungguhnya datang dari Allah. Dia tidak dihubungkan dengan bapa jasmani kerana Dia dihubungkan kepada Allah. Istilah anak sebagai mana digunakan pada bahasa yang lazim, dalam Al Qur’an, dan dalam pembicaraan yang bersifat nubuat tidak menunjukkan keturunan jasmani. Anak dalam Bahasa yang lazim. Dalam banyak ungkapan bahasa, istilah anak tidak digunakan untuk menunjukkan keturunan jasmani. Sebagai contoh, kita sering mengatakan para siswa sebagai anak-anak pengetahuan; warga negara sebagai putera bangsa; seorang Mesir sebagai anak Nil dan seorang Arab sebagai anak gurun.

Anak sebagaimana digunakan dalam Al-Qur’an. Istilah anak kadang-kadang digunakan dalam Al-Qur’an tidak dengan pengertian keturunan jasmani. Surat Al Baqarah 215 – “Apa-apa yang kamu nafkahkan dari harta, maka untuk dua orang ibu bapa, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang berjalan.”

Para penafsir berkata bahawa orang-orang berjalan (Ibn Al Sabil) menunjukkan pengembara. Al Iman Al Nasafi dan Shaikh Hasanayn Makhluf berkata, “Dia disebuat seorang pengembara (Ibn al Sabil) untuk yang tetap mengembara di jalan.” (Al Nasafi, Commentary (Tafsir) bagian!. Hal.86 dan Shaikh Hasanayn Makhluf, “Sufuwwat al Bayan li Ma ani al Kuran” bahagian 1.Hal.80). Anak dalam Tradisi Muslim. Dalam satu tradisi Muslim yang berasal dari Allah (Hadis Kusdsi), dinyatakan, “Orang kaya adalah agen-agenku dan orang miskin adalah anggota keluargaku (putera-puteraku).” Apakah dengan begitu kita memahami bahawa Allah beristeri dan memperanakkan anak-anak yang adalah orang miskin?! Tentu saja tidak!

Oleh kerana itu, istilah putera Allah tidak bererti hasil hubungan dalam pengertian manusia, tetapi ungkapan ini dimaksudkan untuk sifat atau hubungan Al-Masih dengan Allah, dan sama sekali bukanlah ketidak-setiaan atau mempersekutukan dengan Allah. Kerana keanakan berasal dalam kebapaan Allah. Allah adalah Bapa dan Al-Masih adalah Anak, hanya dalam satu cara yang khusus, dengan erti yang unik yang tidak dapat diterapkan pada yang lain.

 

November 21, 2008 - Posted by | ALKITAB & QU'RAN -KONSEP TRITUNGGAL, TRINITI |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: