KULIAH IMAN 2

Just another WordPress.com weblog

Isu Patung dalam gereja – Bodoh Sekali, Wajar Sekali?

Isu Patung dalam gereja – Bodoh Sekali, Wajar Sekali?

Oleh Eka Darmaputera

Isu inilah yang merupakan isu yang agak sukar dibasmi dalam Kekristianan. Sementara, Islam telahpun berjaya membuang sekitar 360 patung daripada Ka’abah di Mekah. Bagaimana pula dengan Kristian?, sememangnya benar apabila anda merayau-rayau ke gereja local maka anda akan lihat beberapa gereja yang ada patung Yesus. Di Sabah hanya gereja Roman Katolik sahaja yang meletakkan patung di gerejannya. Sementara di Sarawak sebilangan besar gereja Anglikan juga turut meletakkan patung-patung di Gerejanya.

Tidak ada yang lebih bodoh dan lebih absurd yang dapat dilakukan manusia, semuanya ingin memakai cara pengertian yang tersendiri sehingga semuanya diubah daripada menyembah secara Roh dan kebenaran kepada menyembah cara patung dan roh, inilah yang dikatakan “mempertuhankan” berhala walaupun dengan cara eksplisit. Menurut Yeremia, sebuah “berhala” tidaklah lebih dari pada orang-orangan di kebun mentimun (Yeremia 10:3-5). Digunakan hanya untuk menakut-nakuti dan mengusir burung-burung pergi. Tapi sama sekali tidak berdaya, ketika burung-burung datang, hinggap, bertenggek, dan berkicau riang . di “pundak”nya. Menyembah berhala adalah ibarat mengambil kursus baca-tulis pada orang yang buta huruf. Atau mempercayakan seluruh nyawa dan harta kepada orang yang “stroke” total, yang menggerakkan anggota tubuhnya sendiri pun ia tak mampu. Bodoh sekali. Absurd sekali, tetapi berguna juga.

Ya! Kendatipun begitu, toh ada sisi kenyataan yang lain yang harus kita katakan. Bahwa menyembah berhala itu-meski bodoh — ternyata juga merupakan kecenderungan insani yang mudah dimaklumi. Tidak ada tindakan yang lebih lumrah yang dapat dilakukan oleh manusia, daripada ketika ia berusaha menggambarkan atau mem”visual”kan Tuhan dalam bentuk “berhala”-dari benda-benda biasa. Bodoh sekali, ya, tapi juga wajar sekali. Sama wajarnya dengan ketika Michelangelo menuangkan imajinasinya tentang suasana surgawi dalam karya-karya lukisannya. Sama normalnya dengan tatkala Leonardo da Vinci melukis Monalisa-si gadis dengan sebaris senyumnya yang misterius. Dan jangan lupa, kita pun sering melakukan hal yang serupa. Ayuh!… jujurlah, tidak pernahkah Anda membayang-bayangkan wajah Yesus, bahkan sosok Bapa di surga, sewaktu bermeditasi atau berkontemplasi?

* * *

SAYA katakan kecenderungan tersebut wajar, sebab begini. Boleh sahaja orang senang membaca buku-buku atau menonton filem-filem misteri. Tayangan-tayangan seperti ini, baik di saluran television dalam negeri mahupun luar negeri, malah sedang naik daun sekarang ini. Namun demikian, dalam kenyataan, sebenarnya amat sedikit orang yang boleh tahan hidup dengan misteri semata. Manusia menghendaki kepastian, sebab kepastian inilah yang akan memberinya rasa aman. Sedangkan misteri? Misteri cuma memberinya ketidak-pastian. Rasa tidak aman, mencarinya sahaja sudah tidak selesa.

Manusia umumnya juga tidak merasa nyaman hidup dengan yang abstrak-abstrak. Baru ketika orang mencapai tingkat intelektualiti dan kematangan tertentu, ia dapat menikmati hal-hal yang abstrak: konsep-konsep yang abstrak, rumus-rumus yang abstrak, lukisan-lukisan abstrak. Waktu masih di tingkat pra-sekolah, seorang anak tadika belajar menghitung “satu jeruk tambah dua jeruk”. Baru dalam tahap yang lebih lanjut, pelajaran berhitungnya “meningkat” jadi lebih abstrak. Ia belajar simbol-simbol: “1 + 2”. Semakin lanjut, abstraksinya juga semakin hebat. Di sini orang bicara tentang “akar 4” atau “pangkat 3” atau logaritma atau sinus atau kosinus; dan sebagainya. Ini menunjukkan, betapa konsep-konsep abstrak itu hanya boleh jadi bekalan untuk sedikit orang; terbatas bagi minoriti elit. Sedang majoriti manusia pada umumnya? “Ah, buat saya yang konkrit-konkrit sajalah”. Yang kongkrit, ertinya: yang kasat mata, yang tidak kedap rasa’ tidak dapat disentuh”, yang transparent atau jelas. Semua kartu terbuka di atas meja. Jangan “membeli kucing di dalam karung”. Nah, sekarang kita tahu, bukan, mengapa bagi banyak orang, agitasi jauh lebih memikat berbanding puisi? Yang satu “konkrit”, yang lain “abstrak”.

* * *

SEMUA selubung sedapat mungkin harus disingkap, dan semua yang “remang-remang” sebaiknya dibuat terang. Untuk setiap pertanyaan harus ada jawaban-betapa pun “bohong”nya jawaban itu. Bagi kebanyakan orang, lebih baik “bohongnya” tapi ada, daripada tidak ada jawapan sama sekali. Tatkala orang tidak tahu apa “rahsia” di balik gejala guntur atau hujan, ia tidak puas dengan sekadar jawapan “saya tidak tahu”. Untuk segala sesuatu mesti ada penjelasan, apa pun penjelasan itu. Maka orang pun mengatakan, guntur atau hujan itu “dewa”. Bohong’ ngawur’ memang, tapi puas. Dalam kaitan ini, semua orang tahu bahawa Tuhan adalah roh. Suatu “kuasa” atau “kekuatan” yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Tapi puaskah orang dengan penjelasan, “Tuhan hadir dan ada bersama-sama kita, tapi secara roh. Kerana itu, tidak kelihatan”? Penjelasan itu benar, tapi tidak memuaskan.

Orang baru merasa puas, pasti, dan aman, ketika yang abstrak menjadi konkrit. Sebab itu amatilah, betapa bersemangatnya dan menggebu-gebunya orang ketika bercerita, bahawa Tuhan telah menampakkan diri serta mengunjunginya-secara ragawi! Melihat Tuhan yang abstrak secara konkrit, bagi banyak orang, adalah pengalaman rohani yang paling tinggi dan paling mengesankan. (Mereka lupa, bahawa justeru yang sebaliknyalah yang benar : bahawa semakin tinggi tingkat spiritualiti seseorang-sama seperti pada intelektual-akan semakin mampulah ia menikmati kehadiran Tuhan yang rohani). Memang harus diakui, bahawa sungguh tidak mudah memahami, menghayati, serta menjalin relasi, dengan sesuatu yang tidak kelihatan dan yang tidak terjelaskan-seperti Tuhan. Sesuatu yang tidak dapat dilihat, adalah sesuatu yang tidak dikenal; asing. Nah, bagaimana mungkin menjalin hubungan yang akrab dengan sesuatu yang asing?!

Ini mengingatkan saya kepada sinisme teologi “Allah Yang Mati” (= The “God is Dead” Theology”), yang sempat popular di sekitar tahun 70-an. Begini kira-kira pertanyaan mereka kepada para penentang mereka, “Anda berkata, bahawa Anda percaya kepada Tuhan. Itu sah-sah sahaja. Tetapi kemudian Anda mengatakan, bahawa Tuhan yang Anda percayai itu, tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar, dan tidak dapat diraba. Pokoknya tidak terjangkau oleh indera dan akal manusia. Anda juga tak pernah melihatnya sendiri. Melainkan mempercayai-Nya, semata-mata berdasarkan apa yang dikatakan orang lain, melalui sebuah buku tua yang bernama Alkitab. Nah, apa bezanya itu dengan mengatakan bahawa “Tuhan itu tidak ada”?”

Ternyata teologi-teologi “hebat” sekaliber mereka pun, masih menggantungkan argumentasi mereka mengenai “ada-tidak”nya Tuhan, pada “boleh atau tidak boleh dilihat”nya yang disebut “Tuhan” itu! Dapat kita bayangkan, betapa lagi orang-orang Kristian yang “biasa-biasa” sahaja, malah bahayanya lebih banyak manusia sanggup mati untuk apa yang mereka percayai benar, sedikit juga yang sanggup mencari apa yang mereka tidak tahu, logiknya banyak yang mempercayai apa yang mereka tidak tahu. Anda tidak lebih benar berbanding apa yang “dikatakan” benar? Salah!, sepatutnya, anda lebih benar daripada apa yang “dikatakan” benar.

* * *

ITU sebabnya, pemimpin-pemimpin agama yang bijak akan berusaha menolong umatnya, supaya mereka lebih mudah meng”akses” serta menjalin komunikasi dengan Tuhan mereka. Bagaimana caranya? Sangat sederhana. Dibuatlah sesuatu yang nyata, yang kelihatan, yang terasa, dan yang teraba, sebagai alat untuk memudahkan orang mengingat dan mendekat kepada Tuhan mereka. Yang abstrak dibuat konkrit. Itulah simbolik”, tuntutan apakah ia, kiranya saya mengatakan Rohaniah atau Fizikal, jawapan saya adalah ” sembah Tuhan dalam Roh dan kebenaran-jangan mempersamakan Aku”, bunyi apakah itu? Tuhan serasi memberikan tanggungjawab apabila suatu masa Dia menyatakan; beribu yang benar , beribu juga masuk kerajaan-Ku, beribu salah, beribu dimasukkan dalam belerang api. Perumpamaan Melayu dan Indonesia mengatakan, “kerana setitik nila rosak susu sebelanga”. Soalnya sekarang jika dikatakan boleh” letak patung dalam gereja” – jangan ada yang sampai mendengarkan suara yang mengatakan “ sampai hari ini sahaja saya memijak gereja ini”, nah! lebih senang saya mengatakan biarkan , jika mereka tidak mahu berubah” mereka sesuai dengan apa yang layak mereka “ terima”. Berapakah orang yang telah sesat? Daripada menarik rambut dalam tepung, berapakah nilai selamatnya? Banyaknya mukjizat yang berlaku di gereja yang ada patung seperti isu “patung menangis darah”, mukjizat penyembuhan, berbahasa Roh dan sebagainya…ini tidak menentukan, di sebuah pulau yang tiada gereja pun Paulus boleh melakukan mukjizat, di hospital pun paderi boleh melakukan penyembuhan dan berbahasa Roh. Itu maksudnya Tuhan bersama mereka tetapi dengan cara apa mengenaliNya?

Bila saya mendengarkan kisah yang berlaku di semenanjung Malaysia, seorang Melayu(kini menjadi Kristian) sengaja melawat beberapa buah gereja semata-mata untuk melihat “ berhala”. Bagaimanakah anda menyangkal alasan tersebut? sejauhmanakah benar Tuhan mengatakan “ jangan menyamakan” dengan doktrin yang meletakkan “ patung Yesus dalam gereja”? sejauh perkataan dipertahankan , sejauh perkataan menjadi benar, lama –kelamaan seperti yang dikatakan Rasul Paulus bahawa “ manusia akan disesatkan oleh falsafah”, nah ! benarkah, ciptalah sebanyak mana doktrin” falsafahmu ‘ carilah pengikutmu—John Lock, Lenin, Confusius dan sebagainya, itulah manusia. Sedikit sahaja menempis ayat, “Kepada siapakah kamu hendak menyamakan Aku, hendak membandingkan dan mengumpamakan Aku, sehingga kami sama? (Yesaya 46:5, ) lebih-lebih lagi untuk meniru walaupun sepatah katapun, (Keluaran 23:24, I Raja-raja 14:9) dengan melihat patung sebagai Tuhan dalam roh sekalipun, kerana Roh tidak akan bertukar menjadi patung dan cuma patung mungkin bertukar kepada roh “penyesat”.

Jika dalam Bible Yesus mengatakan , pada selepasKu akan datang nabi-nabi palsu( Mat 24) , sehingga menyesatkan juga , termasuk orang-orang pilihan. Memangpun ada, ramai orang Kristian tetapi belum tentu selamat. “ Ada jalan yang disangka orang benar, tetapi ianya menuju kebinasaan. “ Benar kerana itu letaklah patung dalam Rumah tuhanmu, maka engkau benar kerana engkau dapat mempertahankan doktrinmu , berapa kalikah kebarangkaliannya menyesatkan walau” seorang pengikut”? berbanding gereja yang tidak meletakkan berhala dalam gereja. Berapa kalikah simbolik tersebut menjadi perdebatan” pengikutmu”? saudaraku yang saya tuntutkan adalah kesesuaiannya.

Prinsip ini juga dilakukan oleh teman saya seasrama dulu. Ia menggelar baju kekasihnya di atas bantal tempat ia meletakkan kepalanya setiap malam. Supaya apa? Supaya ia senantiasa merasa dekat dengan sang kekasih-baik siang mahupun malam. Saya juga pernah bekerja di kilang pembuatan roti dan bila sampai hari Krismas saya melihat kawan saya menyembah patung, gambar Santa Cross. Ya..Tuhanku bagaimana untuk menyelamatkan mereka?. Saya yakin, sudah pastilah teman saya itu tidak bodoh dan tidak gila, sehingga bermesraan dengan baju/patung Santa! Patung/Baju itu hanya sekadar alat. Jadi boleh saja, pada awalnya yang namanya “berhala” itu dibuat dengan maksud mulia. Iaitu, supaya dengan menatapnya, pikiran orang lebih mudah tertuju kepada Tuhan. Tidak jahat, bukan? Tapi persoalan kita tidak di situ. Persoalan kita adalah, betapa mudahnya sedikit demi sedikit dan tanpa disedari, benda-benda biasa itu tidak lagi menunjuk kepada Tuhan, melainkan menggantikan tempat dan fungsi Tuhan. Ia diper”ilah”. Ia menjadi “berhala”. * Ilah dlm maksud Arab ialah memper-tuhan-kan berhala. Saya mengatakan bahawa penyembahan berhala atau idolatri adalah sesuatu yang insani.

November 26, 2008 - Posted by | GEREJA WANITA ALKOHOL BERHALA | ,

1 Comment »

  1. kenapa harus ngurusi agama orang lain sih??? Apa gak sebaiknya memperdalam agamanya sendiri dan mengecek apakah ajaran yang diyakini sudah benar (terutama penyembahan berhala berupa batu yg diletakkan dlm ka’bah)?? Bukan begitu???

    Comment by danny | March 27, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: