KULIAH IMAN 2

Just another WordPress.com weblog

Benarkah Hosea nabi porno?

HOSEA

Anda hanya mengutip ayat Hosea 1 tapi sebaiknya kita lanjutkan lebih lengkap ke ayat seterusnya:

Hos 2:3  (2-2) supaya jangan Aku menanggalkan pakaiannya sampai dia telanjang, dan membiarkan dia seperti pada hari dia dilahirkan, membuat dia seperti padang gurun, dan membuat dia seperti tanah kering, lalu membiarkan dia mati kehausan.

Hos 2:4  (2-3) Tentang anak-anaknya, Aku tidak menyayangi mereka, sebab mereka adalah anak-anak sundal.

Hos 2:5  (2-4) Sebab ibu mereka telah menjadi sundal; dia yang mengandung mereka telah berlaku tidak senonoh. Sebab dia berkata: Aku mau mengikuti para kekasihku, yang memberi roti dan air minumku, bulu domba dan kain lenanku, minyak dan minumanku.

Hos 2:6  (2-5) Sebab itu, sesungguhnya, Aku akan menyekat jalannya dengan duri-duri, dan mendirikan pagar tembok mengurung dia, sehingga dia tidak dapat menemui jalannya.

Hos 2:7  (2-6) Dia akan mengejar para kekasihnya, tetapi tidak akan mencapai mereka; dia akan mencari mereka, tetapi tidak bertemu dengan mereka. Maka dia akan berkata: Aku akan pulang kembali kepada suamiku yang pertama, sebab waktu itu aku lebih berbahagia dari pada sekarang.

Hos 2:8  (2-7) Tetapi dia tidak insaf bahwa Akulah yang memberi kepadanya gandum, anggur dan minyak, dan yang memperbanyak bagi dia perak dan emas yang dibuat mereka menjadi patung Baal.

Ayat ini mengajarkan bahawa nubuat dalam Hosea ini bukanlah “persundalan” setakat perhubungan manusia dengan tuhan “allah” yang lain, membelakangi Tuhan dengan melakukan perbuatan terkutuk seperti bersundal, berzina dan sebagainya yang tidak melayakkan mereka walaupun Tuhan telah menyelamatkan mereka. Perhatikan ayat, “supaya jangan Aku menanggalkan pakaiannya sampai dia telanjang, dan membiarkan dia seperti pada hari dia dilahirkan, membuat dia seperti padang gurun, dan membuat dia seperti tanah kering, lalu membiarkan dia mati kehausan.” Oleh itu tujuan dalam maksud eskatologi memberi tafsiran bahwa Tuhan menggunakan Hosea untuk menyelamatkan mereka daripada perbuatan tersebut. Tujuan ayat tersebut adalah supaya perbuatan terkutuk para Israel masa itu digenapi maksud eskatologi dilihat pada ayat, “Dia akan mengejar para kekasihnya(persundalan, penyembahan berhala, berzina dan sebagainya) , tetapi tidak akan mencapai mereka; dia akan mencari mereka, tetapi tidak bertemu dengan mereka(sinonim mereka tidak akan pernah puas dengan kekejian mereka dan memilih untuk bertaubat semula) .”

Seterusnya, “Maka dia akan berkata: Aku akan pulang kembali kepada suamiku yang pertama, sebab waktu itu aku lebih berbahagia dari pada sekarang. Maksud eskatologi ayat, ini ialah Tuhan mengatakan bahwa Israel “kekasihnya” seperti yang ketara dalam nubuat perumpamaan diatas. Tuhan menjelaskan rencananya pada ayat,  Hos 4:14  Aku tidak akan menghukum anak-anak perempuanmu sekalipun mereka berzinah, atau menantu-menantumu perempuan, sekalipun mereka bersundal; sebab mereka sendiri mengasingkan diri bersama-sama dengan perempuan-perempuan sundal dan mempersembahkan korban bersama-sama dengan sundal-sundal bakti, dan umat yang tidak berpengertian akan runtuh. Ayat ini sinonim dengan maksud eskatologi pada komentari Barnes, “oleh itu kita diajarkan berdoa, seperti dalam Jer 10:24  Hajarlah aku, ya TUHAN, tetapi dengan selayaknya, jangan dengan murka-Mu, supaya aku jangan Kaubinasakan! .

Komentari Dr Gill menyatakan, “kata-kata ini diketengahkan secara interogatif, “haruskah aku tidak menghukum anakmu?” &c. (r); sememangnya saya akan; dan bukan hanya mereka sahaja, malah keluarganya dan suami juga, siapa yang memerlukan pembetulan.”, hanya sebagai contoh cara Tuhan menyelamatkan mereka. Selalunya, cara Tuhan kalau tidak terus menghukum, selain daripada menggunakan kaedah mukjizat, maka Dia akan menggunakan cara lain untuk menyelamatkan mereka daripada terus musnah kerana dosa mereka. Contoh kaedah lain untuk menyelamatkan manusia dari dosa kekal lain ialah menggunakan badan Yesus, yang menyelamatkan manusia dari dosa warisan bagi yang percaya kepadanya (Joh 14:6).

Tuhan menggunakan ikan besar untuk menyelamatkan Yunus (Jon 1:17) dan pelbagai kaedah yang lain. Kekuatannya eskatologinya ialah Tuhan tidak menggunakan cara tersebut pada teks lain selain Hosea, maka itu adalah rencanyanya, jika bukan rencanya tentu banyak lagi ayat yang menunjukkan Tuhan selalu menggunakan cara tersebut untuk menyelamatkan umatnya dan anda boleh selalu mencamkan Tuhan itu porno. Jelasnya tidak mungkin, sebaliknya ianya punya maksud eskatologi yang tepat dan mendalam dan tidak dapat dipahami dengan menggunakan ayat sepotong-potong tanpa gabungan konteksnya.

November 28, 2008 Posted by | ALKITAB-NABI PORNO, INCEST, BERHALA | | Leave a comment

Alkohol direkomendasikan lebih baik dari air?

Alkohol direkomendasikan lebih baik dari air?

(b) “Janganlah lagi minum air saja, melainkan tambahkanlah anggur sedikit, berhubung pencernaanmu terganggu dan tubuhmu sering lemah.” (1 Timotius 5: 23). KUTIPAN: Ahmed Deedat (Cit Combat)

CONTOH JAWAPAN:

Seperti yang telah dijelaskan di atas, anggur mempunyai kebaikan jika digunakan dengan betul. Rasul Paulus menyarankan Timotius supaya meminum air yang telah ditambah dengan sedikit anggur. Ini kerana pencernaan Timotius terganggu dan tubuhnya sering lemah. Sekali lagi dalam ayat ini tidak disarankan untuk menggunakan minuman keras untuk suka-suka mahupun tanpa tujuan tertentu. Sama halnya dengan dadah, kebaikannya ialah mengubati penyakit tetapi kalau disalah-guna ia akan membawa bahaya kepada diri dan orang lain, apalagi Tuhan –Jelasnya, manusialah yang memilih kebinasaan mereka kerana Tuhan memberi ubat bagi penyakit tetapi yang mengubah, membinasakan, malah menyalahgunakan ialah manusia. Sungguhpun begitu, ianya tidak dapat disalah-tafsir kerana terdapat beza wain dari segi jenis, malah kategorinya:

Mengenali kata akar wine atau wain

a)sumber Hebrew/Ibrani “yayin”

i. The Jewish Encyclopedia(1906) 3 kategori iaitu a)yayin mi-gat (gleukos-wine baru diperah), b)yayin yashan (old wine) dan c) yayin meyushshan (very old wine).1

ii. Encyclopedia Judaica(1971) juga 3 kategori a)Yayin mi-gat (wine from the vat;sahn 70a), b)yayin yasan (old wine), c) yayin noshan (very old wine).

iii. Rabbi Hanina B.Kahana mengatakan :berapa lamakah ia dipanggil wine baru?”dengan mengatakan.’Sebagaimana pada awalnya melalui penapaian…dan berapa lamakah ia melalui peringkat pertama? Tiga hari.”

iv. Louis Ginzberg, 1923 “A Response to the Question whether unfermented Wine may be used in Jewish Ceremonies” (Professor Talmud, Jewish Theological Seminary of America), mengutipkan Baba Bathra 97a, dimana Rabbi Hiyya membincangkan tentang wine baru boleh digunakan dalam Kiddush (Perayaan Yahudi) dengan menyatakan : sejak wine(yayin) daripada perahan digunakan untuk upacara pemujaan menggunakan wine/air anggur bedi’abad, ianya diterimapakai oleh kiddush lekatehillah.

v. Dalam buku Robert Teachout., 1979, ms 349-358. Sebanyak 141 rujukan yayin dalam perjanjian lama, 71 rujukan yayin merujuk kepada yayin belum ditapai dan 70 adalah yayin ditapai.

b)sumber latin ”vinum”

i. Thesaurus Linguae Latinae(1740) – “Aigleuces vinum (sweet wine), Defrutum vinum (boiled wine) kedua-duanya adalah wain belum ditapai,.

ii. Marcus Cato, dlm. “On Agriculture” 147, 1. -jus anggur dipanggil sebagai” vinum pendens”(wine still hanging on the grapes).”

Iii. Pliny( A.D 24-79)dlm. “Natural History”-a)boiled wine sapa dan defrutum dalam vinum dulce(dipanggil sweet wine) . b)wain belum ditapai seperti semper mustum (permanent must), passum (raisin wine) dan miletetes (wine madu).

iv. W.Robertson, “Phraseologia Generalis”(1693) – kata latin mustum = wain baru dan ayat vinum pendens sebagai wine masih dalam pokok atau buah” wine yet on tree”.

V. Dr. Thomas Aquinas. Dlm. “Summa Theologica” –mustum sebagai jus anggur “boleh digunakan untuk Eucharis kerana ia tersedia sebagai wain spesifiknya berkualiti(speciem vini).

c). sumber Greek-SeptuagintaOinos”

Dalam perjanjian baru septuaginta contohnya frasa “oinos neos” adalah sama ada ditapai atau yang belum ditapai. Terjemahan “asis” menunjukkan wain belum ditapai.

i.Komentari Ernest Gordons,(1947)- jus anggur,tirosh diterjemahkan 33 kali dari ayat Greek Oinos, tidak dijelaskan maksud wain. Septuaginta menggunakan oinos untuk menterjemah kata Ibrani untuk jus anggur sebagai tirosh dan ianya sama dengan gleukos contohnya dalam newly wine (Job 32:19).

Young’s Literal Translation of the Bible- mengatakan ayat Keluaran 12;14,19 sebagai berikut; …untuk seseorang makan benda ditapai dari hari pertama hingga hari ketujuh , orang itu akan dikeluarkan dari bangsa Israel…apa sahaja ditapai janganlah makan dan di tempat tinggalmu janganlah makan “leavened things” Keluaran 12;8,39 & Deut 16;13, dimana perintah untuk makan roti tidak beragi diberi sebelum bertolak dari Mesir. Yesus memaksudkan ragi(untuk menapai jus anggur/membuat wain) adalah simbol dosa atau korupsi moral(Matt 16:6 &12),. 1 Timotius 5: 23 dengan itu hanyalah untuk kegunaan kesihatan(baik) dan dengan itu tidak bercanggah kerana dalam ayat lain Paulus sendiri mengatakan“pemabuk tidak akan masuk kerajaan surga” (1 Kor 5:7-8).

Kesimpulannya, beza tersebut sahaja sudah cukup menunjukkan untuk apa kegunaannya, tetapi bukan untuk disalahgunakan. Tuhan Yesus sendiri mencipta wain kerana dia tahu wain adalah baik, melainkan diubahsuai untuk disalahgunakan. Quran. 2:219 sendiri menyetujui, “dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya“. Kerana alasan itulah makan Alkitab mengatakan pemabuk tidak akan memasuki kerajaan Surga.

CIT COMBAT:

Apa yang dikatakan para peminum alkohol yang anonim?

(c) “Alkohol adalah perbuatan syaitan ….” (Al-Qur’an – Al-Maidah 5: 90).

CONTOH JAWAPAN:

Ayat Al-Quran yang lengkap adalah,

Quran. 5:90 – Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Tetapi apa yang menarik adalah kita menjumpai ayat lain dalam Al-Quran seperti ini:

Quran. 2:219 – Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.

Katakanlah:”Yang lebih dari keperluan“. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir…

Kenapa khamar dan judi yang merupakan perbuatan syaitan dikatakan mempunyai manfaat?

Satu lagi ayat menarik adalah:

Quran. 47:15—Perumpamaan surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari susu yang tiada berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring…

Juga contoh lain, dalam Quran terdapat janji bahawa mereka akan diberi wain tulen (Surah 83:25) di Surga, contohnya, Zanjabil akan menambahkan tarikan terhadap wain (Surah 76:17), Tasnim sebagai jenama wain (Surah 83:27), wain dicampur dengan kafur (Surah 76:5). Ini jelasnya bercanggah dengan konsep Alkitab yang dengan jelas melarang bahawa pemabuk tidak akan memasuki kerajaan Surga (1 Korintus 6:9-10). Bagaimana hasil kerja syaitan boleh menyusup masuk ke dalam syurga?

November 26, 2008 Posted by | GEREJA WANITA ALKOHOL BERHALA | | Leave a comment

Wanita dalam Alkitab?

Wanita dalam Alkitab?

Dilarang berbicara di dalam gereja.

(a) “… Sebab tidak sopan bagi perempuan untuk berbicara dalam pertemuan jemaat.”

(1 Korintus 14: 34-35).

CONTOH JAWAPAN:

1 Korintus 14: 34-35

34 Sama seperti dalam semua Jemaat orang-orang kudus, perempuan-perempuan harus berdiam diri dalam pertemuan-pertemuan Jemaat. Sebab mereka tidak diperbolehkan untuk berbicara. Mereka harus menundukkan diri, seperti yang dikatakan juga oleh hukum Taurat.

35 Jika mereka ingin mengetahui sesuatu, baiklah mereka menanyakannya kepada suaminya di rumah. Sebab tidak sopan bagi perempuan untuk berbicara dalam pertemuan Jemaat.

Ayat diatas sepertinya berlawanan dengan apa yang tertulis pada 1 Korintus 11:5, 11 &12 dimana Paulus menekankan peranan penting kaum wanita dalam peribadatan. Seperti pada penjelasan saya diatas. Anjuran ”berdiam diri? ini berkaitan dengan apa yang terjadi pada 1 Timotius 2:11-15. Dimana terdapat masalah pada jemaat mula-mula ini, para wanitanya sangat rentan terhadap ajaran-ajaran sesat mengenai seksualiti dan perkawinan. Kerana condongnya kebudayaan masyarakat setempat dengan kebudayaan Yunani yang kurang menghargai tubuh (kesusilaan). Ajaran ini menyebar dari wanita kepada wanita dan seterusnya kepada anak-anak mereka.

Dalam pemahaman selanjutnya dapat kita ambil suatu pengajaran bahawa Paulus memandang penting peraturan pelayanan dalam ibadah Jemaat, supaya tertib dan teratur. Rupanya ada beberapa wanita di Jemaat Korintus, yang sudah menikah tapi tidak menjaga tata tartib persekutuan. Mereka dapat mempermalukan suaminya (=kepalanya).

Paulus menganjurkan supaya perempuan berdiam diri (tidak “banyak?bicara) dalam pertemuan-pertemuan Jemaat. Hal itu bukan bererti bahawa perempuan tidak boleh berperanan dalam pelayanan, melainkan diminta untuk mengikuti cara-cara yang telah ditetapkan bersama, jika berada dan mengambil bahagian dalam ibadah Jemaat. Baik lelaki mahupun perempuan diminta tertib dalam persekutuan dan melaksanakan pelayanan dengan baik dan benar.(tertib pelayanan bercanggah maksud dengan tidak dibenarkan/melayani). Cuba lihat apakah sebenarnya yang diutarakan pada ayat tersebut.

Maksud yang hendak disampaikan tidak kesampaian bermakna konteks ayat Deedat tidak lengkap melainkan maksud dengan harapan mengelirukan bagi memberikan keyakinan atau arguing terhadap penyataan beliau tanpa tidak langsung mengira pendapat sesudah pengutaraan-tipikal hanya kearah satu isolusi persendirian.

COMBAT KIT :

(b) “Untuk memotong tangan perempuan yang menolong suaminya.” (Ulangan 25:11-12). (*)

CONTOH JAWAPAN:

Ulangan 25:11-12 LARANGAN BERBUAT BIADAB

25:11 “Apabila dua orang berkelahi dan isteri yang seorang datang mendekat untuk menolong suaminya dari tangan orang yang memukulnya, dan perempuan itu mengulurkan tangannya dan menangkap kemaluan orang itu,

25:12 maka haruslah kaupotong tangan perempuan itu; janganlah engkau merasa sayang kepadanya.”

Meskipun cara hukuman ini lazim di daerah / negara-negara Timur Tengah.

Tetapi dalam Alkitab, hukum ini dipisahkan dari lex talionis (Ulangan 19:21). Beberapa penafsir berpendapat bahawa hukum ini adalah perluasan dari lex talionis tadi, yang dalam hal ini tidak dapat diterapkan secara harfiah. Meskipun tujuan isteri adalah untuk menyelamatkan suaminya dari bahaya adalah sesuatu hal yang mungkin baik, namun ada pembatasan jenis tindakan yang ia ambil demi suaminya.

COMBAT KIT :

(c) “Suami akan berkuasa atas isterinya.” (Kejadian 3: 16).

“Pemimpin seorang perempuan adalah seorang laki-laki.” (1 Korintus 11: 3). (*)

CONTOH JAWAPAN:

Ada beberapa jabatan pelayanan yang diatur dalam Alkitab yaitu nabi, rasul, pemberita injil (evangelis), gembala (pendeta) merangkap guru (Efesus 4:11). Kita perhatikan bahawa ada wanita yang menjadi nabi (Kisah Para Rasul 21:8-9), tidak menutup kemungkinan bahawa wanita pun dapat menjadi rasul, penginjil, dan bahkan gembala sidang (pendeta).

1 Korintus 11:3 ada tertulis :

Tetapi aku mahu, supaya kamu mengetahui hal ini, iaitu Kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki dan Kepala dari Kristus ialah Allah. Yesus Kristus tidak lebih rendah atau lebih hina dari Bapa. Di dalam pandangan dasar Perjanjian Lama jelas bahawa wanita itu sama hakikinya dengan laki-laki (Kejadian 1:27; 2:18 ).

Sebagai perbandingan, perhatikan ayat Al-Quran di bawah ini :

Quran. 4:34

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah

melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka Wanita yang saleh, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menta’atimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.

Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Deedat mengkritik kitabnya sendiri? Dasar kurang kerja!

COMBAT KIT :

Seorang laki-laki dapat menjual anak perempuannya.” (Keluaran 21: 7). (*)

CONTOH JAWAPAN:

Keluaran 21: 1-11 TENTANG HAK BUDAK IBRANI

21:1 “Inilah peraturan-peraturan yang harus kaubawa ke depan mereka.

21:2 Apabila engkau membeli seorang budak Ibrani, maka haruslah ia bekerja padamu enam tahun lamanya, tetapi pada tahun yang ketujuh ia diizinkan keluar sebagai orang merdeka, dengan tidak membayar tebusan apa-apa.

21:3 Jika ia datang seorang diri saja, maka keluarpun ia seorang diri; jika ia mempunyai isteri, maka isterinya itu diizinkan keluar bersama-sama dengan dia.

21:4 Jika tuannya memberikan kepadanya seorang isteri dan perempuan itu melahirkan anak-anak lelaki atau perempuan, maka perempuan itu dengan anak-anaknya tetap menjadi kepunyaan tuannya, dan budak laki-laki itu harus keluar seorang diri.

21:5 Tetapi jika budak itu dengan sungguh-sungguh berkata: Aku cinta kepada tuanku, kepada isteriku dan kepada anak-anakku, aku tidak mau keluar sebagai orang merdeka,

21:6 maka haruslah tuannya itu membawanya menghadap Allah, lalu membawanya ke pintu atau ke tiang pintu, dan tuannya itu menusuk telinganya dengan penusuk, dan budak itu bekerja pada tuannya untuk seumur hidup.

21:7 Apabila ada seorang menjual anaknya yang perempuan sebagai budak, maka perempuan itu tidak boleh keluar seperti cara budak-budak lelaki keluar.

21:8 Jika perempuan itu tidak disukai tuannya, yang telah menyediakannya bagi dirinya sendiri, maka haruslah tuannya itu mengizinkan ia ditebus; tuannya itu tidak berhak untuk menjualnya kepada bangsa asing, kerana ia memungkiri janjinya kepada perempuan itu.

21:9 Jika tuannya itu menyediakannya bagi anaknya laki-laki, maka haruslah tuannya itu memperlakukannya seperti anak-anak perempuan berhak diperlakukan.

21:10 Jika tuannya itu mengambil perempuan lain, ia tidak boleh mengurangi makanan perempuan itu, pakaiannya dan persetubuhan dengan dia.

21:11 Jika tuannya itu tidak melakukan ketiga hal itu kepadanya, maka perempuan itu harus diizinkan keluar, dengan tidak membayar uang tebusan apa-apa.”

21:12 “Siapa yang memukul seseorang, sehingga mati, pastilah ia dihukum mati.

Untuk kita ketahui Kitab Keluaran adalah bahagian dari Kitab Taurat atau “Pentateuch? disebut juga “Kitab Hukum?dan lazim disebut Kitab Hukum Musa kerana memuatkan banyak sekali Undang-undang / Hukum-hukum, ketentuan, tata-karma dan etika.

Hukum diatas adalah salah-satunya.

Peraturan mengenai hak para budak ini khas dalam hukum di Timur Dekat Kuno. Hakikatnya, hukum kasuistik ini adalah pragmatik, tidak bergantung secara langsung dengan salah satu prinsip etis. Seseorang diperingatkan terhadap akibat bilamana ia melanggar hukum ini. Hukum kasuistik ini mengikat Hakim / Para Hakim untuk memberikan suatu keputusan terhadap suatu kasus/pendapat. Inti dibuatnya hukum hak para budak ini ialah bilamana sesuatu hal terjadi begini atau begitu maka akibatnya adalah begini atau begitu.

Hukum diatas secara jelas memperinci hak budak dan hak pemilik budak, dan hak-hak atas pemilik budak ini dibatasi. Maka jika satu perikop diatas dibaca keseluruhan /lengkap, tuduhan orang Yahudi menjual anak perempuannya tidak berdasar. Sebab ayatayat tersebut konteksnya adalah membahas hak-hak kaum budak. Bukan semua orang Yahudi.

Hukum Taurat itu EKSLUSIF HANYA UNTUK ORANG ISRAEL. Bila Taurat difahami dalam kacamata Perjanjian Lama / Orang Yahudi sebagai hukum-hukum mati, orang Kristen tidak lagi menjalankannya, tetapi kita harus sedar bahawa Tuhan Yesus bukan meniadakan Taurat tetapi menggenapinya (Matius 5:17). Maknanya dengan cara mengenal Injil anugerah tidak bererti hukum Taurat kita tinggalkan, tetapi hokum Taurat itu sekarang difahami bukan secara lahiriah tetapi secara rohani. Kekristianan lebih mementingkan aspek Rohani.

Allah yang esa difahami sebagai Allah yang menyatakan diri dalam Yesus. Zinah fizik sekarang difahami lebih dalam sebagai zinah batin, dan soal Sabat bukan perayaan hari tertentu tetapi mengerti Yesus sebagai sabat kita. Keselamatan bukan lagi diperoleh kerana menjalankan hukum-hukum Musa melainkan kerana iman kepada Tuhan Yesus Kristus (Kisah 15). Perjanjian Lama (yang berisi hukum Taurat) tetap diperlukan oleh umat Kristian disamping Perjanjian Baru (yang berisi Injil), kerana Perjanjian Baru tidak akan kita fahami tanpa mengerti karya Allah sejak Perjanjian Lama. Makna Taurat dalam kacamata Injil dan dalam kitab Ibrani jelas terlihat bahawa upacara-upacara Taurat telah digantikan oleh persembahan tubuh Yesus sendiri.

November 26, 2008 Posted by | GEREJA WANITA ALKOHOL BERHALA | | Leave a comment

Isu Patung dalam gereja – Bodoh Sekali, Wajar Sekali?

Isu Patung dalam gereja – Bodoh Sekali, Wajar Sekali?

Oleh Eka Darmaputera

Isu inilah yang merupakan isu yang agak sukar dibasmi dalam Kekristianan. Sementara, Islam telahpun berjaya membuang sekitar 360 patung daripada Ka’abah di Mekah. Bagaimana pula dengan Kristian?, sememangnya benar apabila anda merayau-rayau ke gereja local maka anda akan lihat beberapa gereja yang ada patung Yesus. Di Sabah hanya gereja Roman Katolik sahaja yang meletakkan patung di gerejannya. Sementara di Sarawak sebilangan besar gereja Anglikan juga turut meletakkan patung-patung di Gerejanya.

Tidak ada yang lebih bodoh dan lebih absurd yang dapat dilakukan manusia, semuanya ingin memakai cara pengertian yang tersendiri sehingga semuanya diubah daripada menyembah secara Roh dan kebenaran kepada menyembah cara patung dan roh, inilah yang dikatakan “mempertuhankan” berhala walaupun dengan cara eksplisit. Menurut Yeremia, sebuah “berhala” tidaklah lebih dari pada orang-orangan di kebun mentimun (Yeremia 10:3-5). Digunakan hanya untuk menakut-nakuti dan mengusir burung-burung pergi. Tapi sama sekali tidak berdaya, ketika burung-burung datang, hinggap, bertenggek, dan berkicau riang . di “pundak”nya. Menyembah berhala adalah ibarat mengambil kursus baca-tulis pada orang yang buta huruf. Atau mempercayakan seluruh nyawa dan harta kepada orang yang “stroke” total, yang menggerakkan anggota tubuhnya sendiri pun ia tak mampu. Bodoh sekali. Absurd sekali, tetapi berguna juga.

Ya! Kendatipun begitu, toh ada sisi kenyataan yang lain yang harus kita katakan. Bahwa menyembah berhala itu-meski bodoh — ternyata juga merupakan kecenderungan insani yang mudah dimaklumi. Tidak ada tindakan yang lebih lumrah yang dapat dilakukan oleh manusia, daripada ketika ia berusaha menggambarkan atau mem”visual”kan Tuhan dalam bentuk “berhala”-dari benda-benda biasa. Bodoh sekali, ya, tapi juga wajar sekali. Sama wajarnya dengan ketika Michelangelo menuangkan imajinasinya tentang suasana surgawi dalam karya-karya lukisannya. Sama normalnya dengan tatkala Leonardo da Vinci melukis Monalisa-si gadis dengan sebaris senyumnya yang misterius. Dan jangan lupa, kita pun sering melakukan hal yang serupa. Ayuh!… jujurlah, tidak pernahkah Anda membayang-bayangkan wajah Yesus, bahkan sosok Bapa di surga, sewaktu bermeditasi atau berkontemplasi?

* * *

SAYA katakan kecenderungan tersebut wajar, sebab begini. Boleh sahaja orang senang membaca buku-buku atau menonton filem-filem misteri. Tayangan-tayangan seperti ini, baik di saluran television dalam negeri mahupun luar negeri, malah sedang naik daun sekarang ini. Namun demikian, dalam kenyataan, sebenarnya amat sedikit orang yang boleh tahan hidup dengan misteri semata. Manusia menghendaki kepastian, sebab kepastian inilah yang akan memberinya rasa aman. Sedangkan misteri? Misteri cuma memberinya ketidak-pastian. Rasa tidak aman, mencarinya sahaja sudah tidak selesa.

Manusia umumnya juga tidak merasa nyaman hidup dengan yang abstrak-abstrak. Baru ketika orang mencapai tingkat intelektualiti dan kematangan tertentu, ia dapat menikmati hal-hal yang abstrak: konsep-konsep yang abstrak, rumus-rumus yang abstrak, lukisan-lukisan abstrak. Waktu masih di tingkat pra-sekolah, seorang anak tadika belajar menghitung “satu jeruk tambah dua jeruk”. Baru dalam tahap yang lebih lanjut, pelajaran berhitungnya “meningkat” jadi lebih abstrak. Ia belajar simbol-simbol: “1 + 2”. Semakin lanjut, abstraksinya juga semakin hebat. Di sini orang bicara tentang “akar 4” atau “pangkat 3” atau logaritma atau sinus atau kosinus; dan sebagainya. Ini menunjukkan, betapa konsep-konsep abstrak itu hanya boleh jadi bekalan untuk sedikit orang; terbatas bagi minoriti elit. Sedang majoriti manusia pada umumnya? “Ah, buat saya yang konkrit-konkrit sajalah”. Yang kongkrit, ertinya: yang kasat mata, yang tidak kedap rasa’ tidak dapat disentuh”, yang transparent atau jelas. Semua kartu terbuka di atas meja. Jangan “membeli kucing di dalam karung”. Nah, sekarang kita tahu, bukan, mengapa bagi banyak orang, agitasi jauh lebih memikat berbanding puisi? Yang satu “konkrit”, yang lain “abstrak”.

* * *

SEMUA selubung sedapat mungkin harus disingkap, dan semua yang “remang-remang” sebaiknya dibuat terang. Untuk setiap pertanyaan harus ada jawaban-betapa pun “bohong”nya jawaban itu. Bagi kebanyakan orang, lebih baik “bohongnya” tapi ada, daripada tidak ada jawapan sama sekali. Tatkala orang tidak tahu apa “rahsia” di balik gejala guntur atau hujan, ia tidak puas dengan sekadar jawapan “saya tidak tahu”. Untuk segala sesuatu mesti ada penjelasan, apa pun penjelasan itu. Maka orang pun mengatakan, guntur atau hujan itu “dewa”. Bohong’ ngawur’ memang, tapi puas. Dalam kaitan ini, semua orang tahu bahawa Tuhan adalah roh. Suatu “kuasa” atau “kekuatan” yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Tapi puaskah orang dengan penjelasan, “Tuhan hadir dan ada bersama-sama kita, tapi secara roh. Kerana itu, tidak kelihatan”? Penjelasan itu benar, tapi tidak memuaskan.

Orang baru merasa puas, pasti, dan aman, ketika yang abstrak menjadi konkrit. Sebab itu amatilah, betapa bersemangatnya dan menggebu-gebunya orang ketika bercerita, bahawa Tuhan telah menampakkan diri serta mengunjunginya-secara ragawi! Melihat Tuhan yang abstrak secara konkrit, bagi banyak orang, adalah pengalaman rohani yang paling tinggi dan paling mengesankan. (Mereka lupa, bahawa justeru yang sebaliknyalah yang benar : bahawa semakin tinggi tingkat spiritualiti seseorang-sama seperti pada intelektual-akan semakin mampulah ia menikmati kehadiran Tuhan yang rohani). Memang harus diakui, bahawa sungguh tidak mudah memahami, menghayati, serta menjalin relasi, dengan sesuatu yang tidak kelihatan dan yang tidak terjelaskan-seperti Tuhan. Sesuatu yang tidak dapat dilihat, adalah sesuatu yang tidak dikenal; asing. Nah, bagaimana mungkin menjalin hubungan yang akrab dengan sesuatu yang asing?!

Ini mengingatkan saya kepada sinisme teologi “Allah Yang Mati” (= The “God is Dead” Theology”), yang sempat popular di sekitar tahun 70-an. Begini kira-kira pertanyaan mereka kepada para penentang mereka, “Anda berkata, bahawa Anda percaya kepada Tuhan. Itu sah-sah sahaja. Tetapi kemudian Anda mengatakan, bahawa Tuhan yang Anda percayai itu, tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar, dan tidak dapat diraba. Pokoknya tidak terjangkau oleh indera dan akal manusia. Anda juga tak pernah melihatnya sendiri. Melainkan mempercayai-Nya, semata-mata berdasarkan apa yang dikatakan orang lain, melalui sebuah buku tua yang bernama Alkitab. Nah, apa bezanya itu dengan mengatakan bahawa “Tuhan itu tidak ada”?”

Ternyata teologi-teologi “hebat” sekaliber mereka pun, masih menggantungkan argumentasi mereka mengenai “ada-tidak”nya Tuhan, pada “boleh atau tidak boleh dilihat”nya yang disebut “Tuhan” itu! Dapat kita bayangkan, betapa lagi orang-orang Kristian yang “biasa-biasa” sahaja, malah bahayanya lebih banyak manusia sanggup mati untuk apa yang mereka percayai benar, sedikit juga yang sanggup mencari apa yang mereka tidak tahu, logiknya banyak yang mempercayai apa yang mereka tidak tahu. Anda tidak lebih benar berbanding apa yang “dikatakan” benar? Salah!, sepatutnya, anda lebih benar daripada apa yang “dikatakan” benar.

* * *

ITU sebabnya, pemimpin-pemimpin agama yang bijak akan berusaha menolong umatnya, supaya mereka lebih mudah meng”akses” serta menjalin komunikasi dengan Tuhan mereka. Bagaimana caranya? Sangat sederhana. Dibuatlah sesuatu yang nyata, yang kelihatan, yang terasa, dan yang teraba, sebagai alat untuk memudahkan orang mengingat dan mendekat kepada Tuhan mereka. Yang abstrak dibuat konkrit. Itulah simbolik”, tuntutan apakah ia, kiranya saya mengatakan Rohaniah atau Fizikal, jawapan saya adalah ” sembah Tuhan dalam Roh dan kebenaran-jangan mempersamakan Aku”, bunyi apakah itu? Tuhan serasi memberikan tanggungjawab apabila suatu masa Dia menyatakan; beribu yang benar , beribu juga masuk kerajaan-Ku, beribu salah, beribu dimasukkan dalam belerang api. Perumpamaan Melayu dan Indonesia mengatakan, “kerana setitik nila rosak susu sebelanga”. Soalnya sekarang jika dikatakan boleh” letak patung dalam gereja” – jangan ada yang sampai mendengarkan suara yang mengatakan “ sampai hari ini sahaja saya memijak gereja ini”, nah! lebih senang saya mengatakan biarkan , jika mereka tidak mahu berubah” mereka sesuai dengan apa yang layak mereka “ terima”. Berapakah orang yang telah sesat? Daripada menarik rambut dalam tepung, berapakah nilai selamatnya? Banyaknya mukjizat yang berlaku di gereja yang ada patung seperti isu “patung menangis darah”, mukjizat penyembuhan, berbahasa Roh dan sebagainya…ini tidak menentukan, di sebuah pulau yang tiada gereja pun Paulus boleh melakukan mukjizat, di hospital pun paderi boleh melakukan penyembuhan dan berbahasa Roh. Itu maksudnya Tuhan bersama mereka tetapi dengan cara apa mengenaliNya?

Bila saya mendengarkan kisah yang berlaku di semenanjung Malaysia, seorang Melayu(kini menjadi Kristian) sengaja melawat beberapa buah gereja semata-mata untuk melihat “ berhala”. Bagaimanakah anda menyangkal alasan tersebut? sejauhmanakah benar Tuhan mengatakan “ jangan menyamakan” dengan doktrin yang meletakkan “ patung Yesus dalam gereja”? sejauh perkataan dipertahankan , sejauh perkataan menjadi benar, lama –kelamaan seperti yang dikatakan Rasul Paulus bahawa “ manusia akan disesatkan oleh falsafah”, nah ! benarkah, ciptalah sebanyak mana doktrin” falsafahmu ‘ carilah pengikutmu—John Lock, Lenin, Confusius dan sebagainya, itulah manusia. Sedikit sahaja menempis ayat, “Kepada siapakah kamu hendak menyamakan Aku, hendak membandingkan dan mengumpamakan Aku, sehingga kami sama? (Yesaya 46:5, ) lebih-lebih lagi untuk meniru walaupun sepatah katapun, (Keluaran 23:24, I Raja-raja 14:9) dengan melihat patung sebagai Tuhan dalam roh sekalipun, kerana Roh tidak akan bertukar menjadi patung dan cuma patung mungkin bertukar kepada roh “penyesat”.

Jika dalam Bible Yesus mengatakan , pada selepasKu akan datang nabi-nabi palsu( Mat 24) , sehingga menyesatkan juga , termasuk orang-orang pilihan. Memangpun ada, ramai orang Kristian tetapi belum tentu selamat. “ Ada jalan yang disangka orang benar, tetapi ianya menuju kebinasaan. “ Benar kerana itu letaklah patung dalam Rumah tuhanmu, maka engkau benar kerana engkau dapat mempertahankan doktrinmu , berapa kalikah kebarangkaliannya menyesatkan walau” seorang pengikut”? berbanding gereja yang tidak meletakkan berhala dalam gereja. Berapa kalikah simbolik tersebut menjadi perdebatan” pengikutmu”? saudaraku yang saya tuntutkan adalah kesesuaiannya.

Prinsip ini juga dilakukan oleh teman saya seasrama dulu. Ia menggelar baju kekasihnya di atas bantal tempat ia meletakkan kepalanya setiap malam. Supaya apa? Supaya ia senantiasa merasa dekat dengan sang kekasih-baik siang mahupun malam. Saya juga pernah bekerja di kilang pembuatan roti dan bila sampai hari Krismas saya melihat kawan saya menyembah patung, gambar Santa Cross. Ya..Tuhanku bagaimana untuk menyelamatkan mereka?. Saya yakin, sudah pastilah teman saya itu tidak bodoh dan tidak gila, sehingga bermesraan dengan baju/patung Santa! Patung/Baju itu hanya sekadar alat. Jadi boleh saja, pada awalnya yang namanya “berhala” itu dibuat dengan maksud mulia. Iaitu, supaya dengan menatapnya, pikiran orang lebih mudah tertuju kepada Tuhan. Tidak jahat, bukan? Tapi persoalan kita tidak di situ. Persoalan kita adalah, betapa mudahnya sedikit demi sedikit dan tanpa disedari, benda-benda biasa itu tidak lagi menunjuk kepada Tuhan, melainkan menggantikan tempat dan fungsi Tuhan. Ia diper”ilah”. Ia menjadi “berhala”. * Ilah dlm maksud Arab ialah memper-tuhan-kan berhala. Saya mengatakan bahawa penyembahan berhala atau idolatri adalah sesuatu yang insani.

November 26, 2008 Posted by | GEREJA WANITA ALKOHOL BERHALA | , | 1 Comment

Tuhan Tidak Mencoba Manusia?

Tuhan Tidak Mencoba Manusia?

“Apabila seorang dicoba, janganlah ia berkata, ‘Percobaan ini datangnya dariAllah!’ Sebab Tuhan tidak dapat dicoba oleh yang jahat, dan Ia sendiri tidak mencoba siapa pun.” (Yakobus 1: 13).

Bertentangan dengan:

a)”Setelah semuanya itu Allah Mencoba Ibrahim … (Kejadian 22: 1).

b)Ayub…

CONTOH JAWAPAN:

Pengenalan kepada kata akar “mencoba” dari Strong Number:

G3985

πειράζω

peirazō

pi-rad’-zo

From G3984; to test (objectively), that is, endeavor, scrutinize, entice, discipline: – assay, examine, go about, prove, tempt (-er), try.

Daripada rujukan ini ia lebih merujuk kepada maksud mendisiplinkan, maka harus ada perbezaan antara mencobai dengan menguji. Menguji berhubungan dengan kualiti, tulen atau palsu, murni atau tidak, dan sebagainya sedangkan mencobai adalah tindakan sebaliknya, mengubah agar kualiti semula berubah. Contoh yang sederhana adalah pencobaan yang dilakukan oleh Iblis terhadap Yesus Kristus di padang gurun. Iblis tidak menguji bahawa Yesus Kristus itu Anak Tuhan atau tidak, tetapi ia mencobai agar Yesus Kristus jatuh, berubah statusnya dari taat kepada Tuhan menjadi taat kepada Iblis.

Kejadian 22:1, “Setelah semuanya itu Tuhan mencoba Sayidina Ibraham. Ia berfirman kepadanya: ‘Ibraham,’ lalu sahutnya: ‘Ya, Tuhan.'”

Kata yang diterjemahkan oleh Lembaga AlKitab Indonesia dengan mencoba adalah NÂSÂH yang jika ditinjau dari kontekstual bermaksud menguji. Jika kita baca kisah ini selanjutnya, nyata sekali bahawa Allah tidak mencobai Abraham, atau dengan perkataan lain Tuhan tidak berusaha membuat Abraham yang taat menjadi tidak taat, melainkan menguji apakah ketaatan Abraham dapat diandalkan.

Bahasa Ibrani termasuk bahasa yang miskin, kata NÂSÂH dapat pula bermakna mencobai dan untuk membezakan makna kontekstual, kita harus melihat kemungkinan yang akan terjadi. Jika kemungkinan yang muncul adalah kekudusan, maka kata itu bermakna menguji, sebaliknya jika kemungkinan itu adalah dosa, maka bermakna mencobai. Oleh itu, ayat-ayat yang disajikan di atas sama sekali tidak bertentangan. Tuhan menguji Abraham dengan maksud mengetahui apakah kualitinya tidak berubah, dan Tuhan tidak mencobai siapa pun dengan maksud agar orang itu jatuh ke dalam dosa.

Agar lebih jelas makna kata NÂSÂH, berikut tujuan penggunaannya, dapat dibandingkan dengan ayat ini:

Keluaran 16:4, “Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa: ‘Sesungguhnya Aku akan menurunkan dari langit hujan roti bagimu; maka bangsa itu akan keluar dan memungut tiap-tiap hari sebanyak yang perlu untuk sehari, supaya mereka Kucoba,

APAKAH MEREKA HIDUP MENURUT HUKUM-KU ATAU TIDAK.'”

Tuhan mungkin menguji kita supaya menguatkan iman kita, tetapi tidak pernah untuk menuntun kita ke dalam dosa, malahan tahu dimana kelemahan dan kekuatan kita. Tabiat Tuhan menunjukkan bahawa Dia tidak dapat menjadi sumber pencobaan untuk berbuat dosa.

November 26, 2008 Posted by | KONSEP KETUHANAN | | Leave a comment

Tuhan menunjukkan punggung -Nya kepada Musa?

Tuhan menunjukkan punggung -Nya kepada Musa?

Dan sebagai hadiah khusus, Tuhan menunjukkan punggung -Nya kepada Musa:

Kemudian Aku (Tuhan) akan menarik tangan-Ku dan engkau akan melihat punggung-Ku ….” (Keluaran 33: 23).

CONTOH JAWAPAN:

Terjemahan Resmi Lembaga Alkitab Indonesia (LAI) ditulis sebagai,

Keluaran 33: 21-23

21 Berfirmanlah TUHAN: “Ada suatu tempat dekat-Ku, di mana engkau dapat berdiri di atas gunung batu;

22 apabila kemuliaan-Ku lewat, maka Aku akan menempatkan engkau dalam lekuk gunung itu dan Aku akan menudungi engkau dengan tangan-Ku, sampai Aku berjalan melaluinya.

23 Kemudian Aku akan menarik tangan-Ku dan engkau akan melihat belakang-Ku, tetapi wajah-Ku tidak akan kelihatan.”

Exodus 33: 21-23 (NIV)

21 Then the LORD said, “There is a place near me where you may stand on a rock.

22 When my glory passes by, I will put you in a cleft in the rock and cover you with my hand until I have passed by.

23 Then I will remove my hand and you will see my back; but my face must not be seen.”

Dalam buku NIV Bible Commentary dinyatakan bahawa, memandangkan Tuhan adalah Roh dan tidak berbentuk serta tidak ada orang yang melihat Tuhan dapat hidup (Keluaran 33:20), perkataan my back? seharusnya lebih tepat diterjemahkan sebagai kesan selepas? dari pancaran kemuliaan Tuhan yang baru saja melalui tempat itu. Muka Tuhan sendiri tidak ditunjukkan, sementara dalam kasus lain Tuhan sering sahaja muncul dalam bentuk semak terbakar, tiang api, gugusan awan dan pelbagai cara, dan apa yang pasti tidak pernah ditunjukkan muka maupun bentuk badanNya, adakah sama seperti badan manusia? Dan kita tidakpun layak untuk tahu, malahan menyuruh manusia menyembahNya dalam Roh dan kebenaran, maka dengan itu Tuhan perlu disembah dalam Roh dan kebenaran.

November 26, 2008 Posted by | KONSEP KETUHANAN | | Leave a comment

Tuhankah atau Setan yang menghasut atau membujuk Daud ?

Tuhankah atau Setan yang menghasut atau membujuk Daud ?

(a) “Tuhan menghasut Daud … ” (2 Samuel 24: 1) atau “setan membujuk Daud …..”(1 Tawarikh 21: 1). KUTIPAN: Ahmed Deedat(Cit Combat)

CONTOH JAWAPAN:

2 Samuel 24:1, “Bangkitlah pula murka TUHAN terhadap orang Israel; Ia menghasut Daud melawan mereka, firman-Nya: “‘Pergilah, hitunglah orang Israel dan orang Yehuda.'”

1 Tawarikh 21:1, “Iblis bangkit melawan orang Israel dan ia membujuk Daud untuk menghitung orang Israel.”

Kedua ayat ini tidak bertentangan. Tuhan kadang-kadang memakai Iblis untuk maksud-maksud-Nya. Banyak ayat dalam Alkitab yang menyatakan bahawa Allah mengizinkan Iblis menguji umatnya, misalnya dalam ayat-ayat berikut ini:

Ayub 1:12, “Maka firman TUHAN kepada Iblis: ‘Nah, segala yang dipunyainya ada dalam kuasamu; hanya janganlah engkau mengulurkan tanganmu terhadap dirinya.”

Kemudian pergilah Iblis dari hadapan TUHAN.'”

Ayub 2:6, “Maka firman TUHAN kepada Iblis: ‘Nah, ia dalam kuasamu; hanya sayangkan nyawanya.'”

1 Petrus 4:19, “Kerana itu baiklah juga mereka yang harus menderita kerana kehendak Allah, menyerahkan jiwanya, dengan selalu berbuat baik, kepada Pencipta yang setia.”

1 Petrus 5:8, “Sedarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum dan mencari orang yang dapat ditelannya.”

Dalam kes ini baik Tuhan maupun Iblis terlibat. Tuhan mengizinkan Iblis untuk mencobai Raja Daud kerana kesombongan dan ketidakpercayaannya. Allah itu Mahakuasa, jangankan malaikat diperintahkan oleh-Nya, Iblis pun takluk akan kedaulatan-Nya dan dapat diperintah oleh-Nya. Tidak perlu Tuhan sendiri datang menghukum manusia, cukup dengan menghantar ejen SAHAJA.

November 26, 2008 Posted by | KONSEP KETUHANAN | | Leave a comment

TUHAN Bukanlah pembuat kekacauan ?

TUHAN Bukanlah pembuat kekacauan ?

(a) “Sebab Tuhan tidak menghendaki kekacauan, tetapi damai sejahtera.” (1 Korintus 14: 33).

Bertentangan dengan:

(a) “… Aku membuat kedamaian, dan membuat kejahatan ….” (Yesaya 45: 7)

(b) “Tetapi Roh Tuhan telah meninggalkan Saul, dan sekarang ia diganggu oleh roh jahat dari Tuhan” (1 Samuel 16: 14).

(c) “Dan itulah sebabnya Tuhan mendatangkan kesesatan atas mereka, yang menyebabkan mereka percaya akan dusta.” (2 Tesalonika 2: 11).

CONTOH JAWAPAN:

Keempat-empat ayat di atas berbeza konteksnya dan ruang lingkupnya.

1 Korintus 14:33, “Sebab Tuhan tidak menghendaki kekacauan, tetapi damai sejahtera.”

ou gar estin akatastasias ho theos all eirênês hôs en pasais tais ekklêsiais tôn hagiôn

1 Korintus 14:26-40 adalah tentang ibadah yang teratur. Kekacauan, Yunani akatastasia – akatastasia dari akastatoV-akastatos ertinya adalah tidak stabil, tidak tertib, tidak teratur, sama sekali tidak berhubungan dengan ketiga-tiga ayat yang dikutip oleh Deedat itu.

Dr Gill contohnya merujukkan Yesaya 45:7 dimana ayat kejahatan “evil” juga berasal daripada Dia; bukanlah kejahatan bermaksud dosa; ini tidak dijumpai pada sebarang ciptaan yang dibuat oleh Tuhan; ini adalah pada manusia, yang dihukum oleh Tuhan, dan merencanakan mereka untuk kebaikan: tapi kejahatan yang menyebabkan hukuman keatas dosa, cara pengadilan Tuhan yang utama, kelaparan, wabak, jahanam, dan pedang, atau perang, yang kemudiannya mungkin lebih banyak berlaku, sebagaimana bertentangan dengan keamanan. Albert Barnes pula mengatakan “baik dan jahat yang berada di luar kuasa manusia, berada di bawah kuasa Dia, dan dalam kawalanNya, berlawanan dengan keamanan dan kemewahan. Iaitu, pengadilan Tuhan secara terus, cubaan, bencana, kekecewaan ; Dia mempunyai kuasa untuk memecahkan harapan manusia kepada kegusaran,dan untuk menghukum dunia dengan perang; yang memimpin sesuatu keamanan. Petikan ini tidak memberi maksud bahawa Tuhan ialah pengarang bagi kejahatan moral, atau dosa, dan sentiment itu adalah menjijikkan bagi apa yang dikatakan dalam Alkitab, dan untuk semua hanya perlu melihat Tuhan sebagai Tuhan yang suci.

November 26, 2008 Posted by | KONSEP KETUHANAN | | Leave a comment

Tuhan bersemayam dalam terang atau dalam gelap?

Tuhan bersemayam dalam terang atau dalam gelap?

Tuhan Bersemayam Dalam Terang :

“.. (Tuhan) bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak pernah melihat Dia ….” (1 Timotius 6: 16).

Bertentangan dengan:

“Berkatalah Sulaiman … Tuhan telah memutuskan untuk diam dalam kekelaman,” (1 Raja-raja 8: 12).

CONTOH JAWAPAN:

Ayat pertama,

1 Timotius 6:16

Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amen.

Terang di mana Tuhan bersemayam adalah terlalu hebat sehingga mata yang fana tidak dapat menahannya. Ini adalah suatu pernyataan yang biasa mengenai tempat tinggal Tuhan. Syurga secara konsisten dinyatakan sebagai suatu tempat yang amat suci dan terang sehingga tidak memerlukan cahaya matahari atau bulan ataupun bintang.

Wahyu 21:23-24

23 Dan kota itu tidak memerlukan matahari dan bulan untuk menyinarinya, sebab kemuliaan Tuhan meneranginya dan Anak Domba itu adalah lampunya.

24 Dan bangsa-bangsa akan berjalan di dalam cahayanya dan raja-raja di bumi membawa kekayaan mereka kepadanya

Ayat kedua,

1 Raja-Raja 8:10-13

10 Ketika imam-imam keluar dari tempat kudus, datanglah awan memenuhi rumah TUHAN,

11 sehingga imam-imam tidak tahan berdiri untuk menyelenggarakan kebaktian oleh kerana awan itu, sebab kemuliaan TUHAN memenuhi rumah TUHAN.

12 Pada waktu itu berkatalah Salomo: “TUHAN telah menetapkan matahari di langit, tetapi Ia memutuskan untuk diam dalam kekelaman.

13 Sekarang, aku telah mendirikan rumah kediaman bagi-Mu, tempat Engkau menetap selama-lamanya.”

Salomo melihat dalam awan (kekelaman) itu satu simbol kehadiran Tuhan yang dapat dilihat dan menerima petanda itu sebagai satu bukti bahawa Tuhan telah menerima rumah kediaman yang telah didirikan itu sebagai milik-Nya. Oleh itu Dia telah menetap di dalamnya (1 Raja-Raja 8:13). Kekelaman di sini sepatutnya merujuk kepada awan, yang bukan merupakan maksud gelap. Terang, gelap, dan awan ketiga-tiganya membawa konsep dan maksud yang berbeza.

November 26, 2008 Posted by | KONSEP KETUHANAN | | Leave a comment

Tuhan tidak pernah dilihat atau pernah?

Tuhan tidak pernah dilihat atau pernah?

(a) “Tak seorangpun pernah melihat Tuhan.” (Yohanes 1: 18)

(b) “Tuhan tidak pernah dilihat manusia, dan manusia memang tidak dapat melihat-Nya….” (1 Timotius 6: 16).

(c) “Dan Tuhan berfirman: Engkau tidak tahan memandang wajah-Ku, sebab tidak ada orang yang memandang Aku yang dapat hidup.” (Keluaran 33: 20).

Bertentangan dengan:

(a) “Dan Tuhan berbicara kepada Musa dengan berhadapan muka seperti seorang

berbicara kepada temannya.” (Keluaran 33: 11).

(b) “Lalu mereka (Musa, Harun dan 70 orang lainnya) melihat Tuhan Israel….” (Keluaran 24: 10).

“Yakub menamai tempat itu Pniel, sebab katanya: Aku telah melihat Tuhan berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong.” (Kejadian 32: 30).

CONTOH JAWAPAN:

Keluaran 33:11, “Dan TUHAN berbicara kepada Musa dengan berhadapan muka seperti seorang berbicara kepada temannya; kemudian kembalilah ia ke perkemahan. Tetapi abdinya, Yosua bin Nun, seorang yang masih muda, tidaklah meninggalkan kemah itu.”

VEDIBER {dan Dia berbicara} YEHOVÂH {baca: ‘adonay, TUHAN} ‘EL-MOSYEH

{kepada Musa} PÂNÏM {wajah} ‘EL-PÂNÏM {kepada wajah} KA’ASYER {seperti

yang} YEDABÊR {ia berbicara} ‘ÏSY {seseorang} ‘EL-R?ÊHU {kepada temannya}

VESYÂV {dan ia kembali} ‘EL-HAMAKHANEH {ke perkemahan itu} UMESYÂRTO

{dan yang melayaninya} YEHOSYUA’ {Yosua} BIN-NUN {anak Nun} NA’AR {orang

muda} LO’ {tidak} YÂMÏSY {ia akan berangkat} MITOKH {dari tengah-tengah}

H?OHEL {kemah itu}

PÂNÏM ‘EL-PÂNÏM atau wajah kepada wajah adalah ungkapan khas Ibrani yang

difahami jelas dengan kata-kata berikutnya KA’ASYER YEDABÊR ‘ÏSY ‘EL R?ÊHU, seperti seseorang berbicara kepada temannya. Itulah persekutuan yang tidak berhingga, di mana tidak ada sesuatu yang disembunyikan dan tidak ada sesuatu yang terselubung.

Bandingkan dengan ayat-ayat berikut ini:

Kejadian 32:30, “Yakub menamai tempat itu Pniel, sebab katanya: ‘Aku telah melihat Tuhan berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong!'”

VAYIQR? YA’AQOV SYÊM HAMÂQOM PEN?ÊL K?R?ÏT?’ELOHÏM PÂNÏM ‘ELPÂNÏM

VATINÂTSÊL NAFSY?

Keluaran 33:9, “Apabila Musa masuk ke dalam kemah itu, turunlah tiang awan dan berhenti di pintu kemah dan berbicaralah TUHAN dengan Musa di sana.”

VEHÂYÂH KEVO’ MOSYEH H?OHELÂH YÊRÊD ‘AMUD HE’ÂNÂN VE’ÂMAD

PETAKH H?OHEL VEDIBER ‘IM-MOSYEH

Bilangan 12:8, “‘Berhadap-hadapan Aku berbicara dengan dia, terus terang, bukan dengan teka-teki, dan ia memandang rupa TUHAN. Mengapakah kamu tidak takut mengatai hamba-Ku Musa?'”

PEH ‘EL-PEH ‘ADABER-BO UMAR’EH VELO’ VEKHÏDOT UTEMUNAT

YEHOVÂH YABÏT UMADUA’ LO’ YER?TEM LEDABÊR BE’AVD?VEMOSYEH

Ulangan 5:4, “TUHAN telah bicara dengan berhadapan muka dengan kamu di gunung dan di tengah-tengah api-“

PÂNÏM BEFÂNÏM DIBER YEHOVÂH ‘IMÂKHEM BÂHÂR MITOKH H?ÊSY

Ulangan 34:10, “Seperti Musa yang dikenal TUHAN dengan berhadapan muka, tidak ada lagi nabi yang bangkit di antara orang Israel,”

VELO’-QÂM NÂV? ‘OD BEYISR?ÊL KEMOSYEH ‘ASYER YED?O YEHOVÂH

PÂNÏM ‘EL-PÂNÏM

Oleh itu wajah Tuhan dalam Alkitab Ibrani adalah ungkapan khusus untuk kehadiran atau hadiran Tuhan. Melihat Tuhan hanya mungkin melalui penyingkapan diri-Nya sendiri. Kehadiran Tuhan tidak pernah merupakan perasaan belaka akan sesuatu yang menakutkan, melainkan selalu merupakan kehadiran suatu Tuhan yang dikenal, yang pribadi dan yang tersendiri.

Selanjutnya,

Keluaran 24:10, “Lalu mereka melihat Tuhan Israel; kaki-Nya berjejak pada sesuatu yang buatannya seperti lantai dari batu nilam dan yang terangnya seperti langit yang cerah.” 24:15 Maka Musa mendaki gunung dan awan itu menutupinya.

Ayat Keluaran ini tidak juga menunjukkan rupa bentuk Tuhan yang seratus peratusnya seperti rupa manusia, hanya “kaki-Nya sahaja”, dan “tidaklah diulurkan tanganNya”, keduanya juga tidak mampu menunjukkan wujudnya rupa Tuhan seratus peratus. Ini dikenali dengan istilah theofani, kehadiran kemuliaan Tuhan, penyataan secara kelihatan dan secara supra alamiah keagungan Tuhan yang tertinggi dan yang tiada taranya. Penampakan Tuhan atau theofani yang terjadi di era Perjanjian Lama senantiasa terjadi dalam bentuk manusiawi atau malaikat atau juga dalam wujud gejala-gejala kosmis. Dalam perjanjian lama TUHAN saat menampakkan diriNya mengambil perwujudan tertentu. Misalkan dalam Kel 3 : 11 dimana menampakkan dalam bentuk tiang awan atau Kej 32 : 30 dalam wujud manusia. Penampakan inilah yang dapat dilihat oleh manusia. Tetapi wujud Tuhan yang sesungguhnya dalam ROH tidak pernah dilihat manusia.

Sebagai perbandingan Al-Qur’an pun mencatat penampakan TUHAN dalam perwujudan kayu:

Quran Surah 28 : 30

Maka tatkala Musa sampai ke (tempat) api itu, DISERULAH DIA dari (arah) pinggir

lembah yang sebelah kanan(nya) pada tempat yang diberkahi, DARI SEBATANG

POHON KAYU, iaitu : “Ya Musa, sesungguhnya Aku adalah Allah, Tuhan semesta

Alam.

November 26, 2008 Posted by | KONSEP KETUHANAN | | Leave a comment